06 August, 2015

CUCI

Hai. Rasa bersinar sikir tengok blog aku ni, putih, suci dan murni macam hati aku. Rasa loser pun ada sebab asyik up entri yang takde pekdah. Banyak je sebenarnya boleh cerita tapi macam biasa malas nak cucuk cucuk external nak keluarkan kan gambar lepas tu nak edit nak touch up sikit biar menyerlah sikit gambar tu. Tunggulah , nanti sampai lah mood tu walaupun berbulan bulan akan datang. K, memang tahap malas yang takde tolok bandingannya. hikhok.  At least pencapaian hari ni ialah mencuci blog. Bye.

NAN CHEESE

Hai. Dah lewat malam tapi terasa nak up satu entri, bukan senang aku sesuka nak up entri. Lagi pun saja nak share yang tadi tekak punya lah nak makan nan cheese astaga sodapnya lahai. Lepas maghrib terus aku pecut cakap dekat ayah aku " ABAH NAK ROTI NAANNNN ! " pastu dia reply " TAK PAYAH, P BELI , P SURUH ZAHID BELIKAN. MASA ORANG SIBUK NI NAK SURUH BELI MACAM-MACAM ! " dan dia pun bersiap keluar , ye la busy katako.

K, terus aku pecahkan tingkap rumah ( tipu je tipu je ) Tak ah, aku pun k fine naik atas tanpa buat muka, hentak kaki, bergolek menangis. Duk diam-diam dan terus online dengan penuh istiqamah. Tak lama lepas tu tiba-tiba ayah aku balik, dengan kuasa pendengaran 1000x zoom ( kau mampu ? ) aku terdengar perkataan 'roti' . Aku pun terus turun ke dapur ahhhhh ROTI NANNNNN ! Ye ayah aku memang macam tu pong pang pong last last beli juga wakaka. Gila kau terus makan tanpa toleh ke belakang. Kenyang adik malam ni. 


Ni kalau masuk Masterchef komfem awal-awal kena tendang. Presentation hauk !


Ini lah yang dinanti -nanti uolls. Sedap sedap gilo ! Kbye.

05 August, 2015

EDISI ENTRI THROWBACK 1 : dia sangat best (2009)

Hai. Macam aku ada cakap sebelum ni aku akan publish entri-entri lama. Acah-acah bejet untuk memperingati zaman kegemilangan blog ni walaupun tak famous macam hanis zalikha ke, fatin liyana tapi aku tetap berwawasan nak berblog jugak ! Kahkah. So kat bawah ni adalah entri masa tahun 2009. Zaman hingus wa cakap lu. Jemput baca hasil godekan dari arkib blog ni.

Flashback tahun 2009


ok,hari ini ialah hari pertama kami orang mengikuti kuliah bersama en khalid jonit.
omg,dia memang sangat best,lawak dan sentiasa bertenaga.
setiap perkataan yang keluar dan masuk daripada mulut dia akan membuat kami orang semua sangatlah teruja.
aku berpendapat,untuk semester ini,dia akan dinobatkan sebagai pensyarah yang paling menggembirakan.ok,ayat tadi nampak macam tidak sedap bukan?
apa-apa aje la.saya suka.anda tak suka? saya tak peduli.
beliau mengajar subjek PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.
ok,aku dapat merasakan yang setiap orang dalam kelas aku sangat teruja sebab kuliah itu habis dengan pantas.
kamu orang jangan mahu menyorok ok,aku tahu,semua orang suka kalau kuliah habis cepat kan??
aku pun begitu. ( haha )
aku sangatlah tidak dapat bersabar untuk ketemu dengan beliau lagi.

lupa pulak.
masa dalam kelas tadi,beliau sempat memberi kami menonton video kelahiran ( ayat ape neyh? )
aku pernah tengok video ni sebenarnya.
ada antara kami orang yang tidak sanggup untuk menonton.

dah selesai menonton,beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri melihat isterinya melahirkan anak melalui pembedahan.
aku harap kamu orang faham maksud ayat di atas.
beliau cakap ....

" saya betul-betul insaf bila lihat isteri saya pada masa itu.seorang ibu hampir hilang nyawa sebab bertarung mahu melahirkan anak.jadi,bila isteri saya menyuruh anak-anak saya melakukan sesuatu dan anak saya cakap ' kejap lagi ' saya cukup tak boleh. saya sendiri pun,kalau ibu saya call dan tanya boleh tak saya balik, saya akan terus capai kunci kereta dan bertolak ke kampung.tidak kira la kalau masa tu pukul 3 pagi."

banyak yang dia cakap.
masa tu,aku rasa sayu gila.
aku teringat kat mak aku.
masa tu juga air mata aku dah berenang-renang.maksud aku,bergenang.
aku teringat masa aku pernah buat mak aku kecil hati.bukan sekali,tapi banyak kali.
kadang-kadang masa menyesal tu,gila menyesal.
tapi takat mana je nak insaf ek?
esok lusa buwat lagi.
gila banyak dosa dengan mak aku nih.
tapi yang aku tahu,mak aku sayang aku dan aku sayang dia.
dah la,tutup citer.


aku rasa aku post ni sebab nak story-mory pasal pensyarah aku.
ok,kami orang memang gila asyik gelak besar dengan dia.
yang aku ingat sampai sekarang,dia cerita kat kami orang yang dia pernah jadi guru matematik.
jadi guru matematik,mesti kena garang.
nak dijadikan cerita,ada seorang sorang anak murid dia gelarkan dia bluehypo.
sumpah macam bangang gila.haha.
ok,perut dia sangat 'comel'.
harap anda faham.hehe.
cara beliau menyampaikan maklumat memang eee...aku tak tahu la nak cakap macam mana.
gila gila gila best.

so now,aku rasa sangat tak boleh nak sabar untuk tunggu kuliah minggu depan.
aku rasa macam dah penat nak taip ni.
actually memang banyak gila aku nak cerita,tapi dah kekurangan tenaga ni.
next week la sambung pasal dia.

bye.












OMG NAK LETAK TAJUK APA NI ?

Hai. Aku baru sedar hari tu rupanya kalau kita dah drafkan semua entri-entri lama lepas tu bila publish semula, ia akan bertarikh dan bermasa sewaktu di publish. Maksudnya entri aku masa tahun 1957 dulu aku draftkan , lepas tu tahun 2015 aku nak publish, so tarikh dan masa seolah-olah eh bukan seolah tapi memang bertarikh 2015. Gila pening ayat perempuan ni oi. Haha. Ala aku tahu korang faham dah tapi saja aku nak meleret supaya nampak panjang sikit entri ni. Kekdahnyaaaa. Tak sangka aku dah bernyawa masa tahun 1957. Ye ah, nak bagi contoh mesti poweroot ciked. Gitteww. 

Disebabkan lama sangat aku tak bagi nafkah secara zahir dekat blog ni, aku sendiri masih keliru gaya penulisan macam mana perlu aku guna. Adakah berpantun ? Bersajak ? Puisi ? Atau rap ? Nampaknya tiada pilihan yang betul. Lawak tak ? Kamon, lawak k lawak ! Tak pe lah, aku pilih untuk menulis secara santai. Mengikut keselesaan hati , nurani dan jasad ini. Awww. Tapi bila mengenangkan segala entri yang telah didrafkan secara 100% macam sedikit menyesal pun ada. Padan muka masa buat tak fikir tsk tsk. Aku cedok supaya jadi pengajaran agar pisang tak berbuah doplah empat kali. Bila bosan-bosan aku baca balik entri lelama yang lame tak terkata kesian budak baru lepas spm masa tu gigih bercerita dekat blog HAHAHA. 

Entri-entri lama lah penghibur aku di kala cuti semester yang sendu ni. Kah kah. Tak mengapalah nazirah, sebagai gadis swag, anda perlu tabah T_T Sekarang dan hari mendatang merupakan counting days untuk masuk semester baru dengan azam yang acah-acah baru tapi tak pernahnya terlaksana wakaka. Dah ah bye. 

03 August, 2015

KOSONG

Hai hello hello . Test test 1, 2, 3. Lama betul nak menunggu mood mengarang di blog usang ini. Masa dulu bukan main rajin nak update, ada je cerita. Sekarang ehek ehek. Sadis. Tak apa lah, walaupun entri ini adalah entri usang di siang hari, tetapi ini adalah usaha yang tidak lah berapa keringat agar blog ini tidak mati untuk kali ke sepuloh juta. Haa nampak tak ? Lol. Nampak bangga betul bila dapat update blog walaupun tak memberi apa apa faedah HAHAHA. Sebenarnya ada sesuatu nak dikongsi tapi sabar dulu. Bye !