05 January, 2017

Photoshoot Konvokesyen UMT

Assalamualaikum w.b.t :)

Hai uolls.

Rasanya ramai antara korang yang suka buat sesi photoshoot sama ada untuk pre convo atau pun lepas selesai konvo. Ada yang minat ada yang tak minat. Macam aku sendiri tak tau pun benda-benda ni masa zaman diploma. Yang aku tahu yeay dah habis belajar, boleh dapat diploma lepas tu nanti naik pentas kena senyum sebab nak gambar cantik time terima skrol kahkahkah. Boleh amek gambar dengan keluarga, kawan-kawan, sanak saudara serta kucing di rumah.

So sebelum aku konvo hari tu, tengah sibuk scroll fb ternampak lah yang bab-bab photoshoot ni. Terus excited tak pasal-pasal haha. Wapp Naim and Adi roger pasal photoshoot. Diorang ni apa pun boleh, jenis tak kisah, pakai bedal je semua benda nak nak lagi melayan kerenah aku :p Naim pun terus wapp, terus bayar deposit. Walaupun tak de tarikh tetap konvo kitorang belasah je letak 20 November. 

Kitorang pilih Ejoe Cosmic Puzzle :D 

RM130, unlimited shot, unlimited people in one hour. So RM 130 ni kitorang tong bertiga. Masa hari photoshoot tu timing dah lari , entah macam mana lah si Naim deal dengan photographer tu haha. Sebelum nak photoshoot tu dah pening nak fikir nak shoot kat mana, kalau ikut ratapan naluri ni nak pegi Muzium Terengganu (over pulak) tapi agak jauh dari UMT. Pantai memang tak nak, dekat pokok-pokok area pantai pun tak nak. Last sekali pilih tasik dekat area stadium runtuh. Ala takkan tak tau kisah stadium runtuh :p

Masa dah mula shoot memang aku blur gila tak tau nak pose macam mana padahal perangai sebenar kalau tengok camera tuhan je tahu. Nak kena formal ke ? Eh tapi nk santai-santai tapi aku terkaku, terus blank hahaha teruk betul. Macam segan sikit sebab ada photographer. Poyo betul. Yang penting gambar biar senonoh, jangan buat bukan-bukan sampai viral sudah :p


Jom layan gambarsss :)








Gambar lompat ni berapa kali snap, letih aku. Yang ni last snap kira jadi lah sampai aku terjerit " AAAAAAA " sebab asyik ulang je hahahaha. Photographer suruh lompat buat kaki macam Naim dengan Adi, aku bantai lompat sukati, lagi pun pakai kain T__T 


Suka nau kau ye Naim sampai baring siap kau bagi. Photographer layan kan aje.


Dah la Adi, aku tengok badan kau cenggitu jugak.


Minah blank -__-




Ceria betul engkorang main lari-lari bawah panas terik !




Punya lah panas masa ni, rela pulak kitorang bergambar.






Bahu senget sebelah. 












Aku selalu tengok orang konvo duk baling topi, tapi aku tak suka. Tapi hari tu layan kan jugak peel dua ekoq ni. Lepas baling cepat-cepat aku kejar nak sambut topi tersebut ekeke.


Zalikha ni classmate aku masa diploma dulu. Siap datang Terengganu mentengok aku terima ijazah. Terima kasih !


Oleh itu, ayuh la bergambar sekali


Dah macma chicken dance versi melayang kena sebat aku tengok Zalikha hahahaha.

Disebabkan timing dah lari, photoshoot pun dalam keadaan tergesa. Adi nak gerak balik KL, aku pulak nak kena cepat cepat hantar family pegi airport, kang tak pasai terlepas flight. So nasib baik photoshoot dekat tasik je, dekat dengan TH Hotel lepas tu TH Hotel pulak berapa minit je jarak dengan airport.

Lepas Adi dah gerak, aku pun dah settle hantar family sambung balik photoshoot sebab masih ada lagi baki masa ganti sebab mula lewat. Tapi krik krik lah sebab Adi dah takde wahaha. Lagi la membeku aku, tapi sebab dah bayar untuk sejam so habiskan je lah. 


KITA NAK BUAT APA LAGI NI NAIM ?? 

*krik krik*


ARGHHH LOMPAT JE !!


K FOINE


Gambar-gambar ni pun dapat cepat. Siap edit sekali. Beratus kau, tak tau nak up yang mana, pilih-pilih je ni haha. Gambar indah-indah biar lah jadi tatapan kami bertiga sahaja :p Btw tak puas bergambar sebenarnya, rasa nak lagiiii. Bila dah dapat cd tu, baru lah terfikir ala kenapa tak pose macam ni, kenapa tak macam tu. Pasrah please Nazirah ? 



Terima kasih Ejoe Cosmic Puzzle !
Terima kasih Naim, Adi and Zalikha !

Terima kasih sudi baca :D

Bye !





No comments:

Post a Comment