Assalamualaikum w.b.t :)
Hai !
Tiba-tiba jadi rajin nak update blog. Well sementara ada masa ni, ada baiknya aku taburkan jasa dan budi baik dekat blog ni sebelum aku menghilang lagi. Entri kali ni pun tahun lepas punya kejadian haha.
Sejak aku sekolah rendah aku telah didedahkan oleh TV3 dengan cerita Korea. Zaman belum baligh aku tak de lah nak peduli sangat. Yang aku ingat mak aku selalu cakap kawan-kawan pejabat dia tengah gila drama Winter Sonata lah, Autumn in My Heart lah. Ceh. Dalam hati aku, Rosalinda lagi best masa tu.
Aku pulak mula betul-betul minat cerita Korea masa 8TV selalu tayang setiap hari Isnin sampai Khamis pukul 8.30 - 9.30 malam. Masa tu aku tertengok ' Stairway to Heaven '. Memang demam Korea lah aku. Cerita ' My Girl ' lagi lah mendemam-demam aku suka. Paling aku ingat masa tu bulan puasa, aku sanggup tak nak pergi solat terawikh sebab malam tu episod akhir ' Stairway to Heaven '.
" Mak, malam ni tolong lah, akak nak tengok korea, malam ni episod lassttttt ! "
Tu lah dialog aku, sampai sekarang ingat lagi kahkahkah. Penangan hero handsome gila. Aku memilih jugak untuk layan cerita Korea ni. Aku akan layan mana yang aku rasa best je ekekek. Lagu keyyypoppps pulak masa zaman diploma jek. Masa tu minat lagu So Hot, Irony, Tell me by Wonder Girl. Menyampah pulak bila teringat zaman tu wakakaka. Sampailah satu masa aku dah mula menyampah nak layan kpop.
Tiba-tiba masa mula-mula sambung degree, kpop punya lah hangat nak meninggal. Aku ilek je, bagi aku zaman kpop ke, malpop, paddle pop dah berakhir. Kesedaran diri ini lebih baik kahkahkah. Cerita-cerita Korea aku masih on lagi sampai hari ni tapi tak sampai tahap ketagih *tepuk bahu*. Bagus Nazirah.
Apa yang aku geram dengan Korea ni bila tengok makanan diorang eeee sedapnya ! Cara diorang makan pun boleh buat ailior aku meleleh sebaldi. Lagi-lagi bila cerita pasal makan-makan. Nak je aku hempuk tv rumah masa tu. Tapi tak kisah sebab dekat KL dah ada kedai-kedai makanan Korea *flip hair* Kalau tetiba lidah menggedik nak makanan korea tade hal lah.
Antara makanan korea yang aku suka for sure la topokki dan odeng. Dua ni antara korea punya street food yang pemes. One day tertengok vlog si FaaFirds and Nisha, diorang layan ramen dekat sunway. Weyh diorang dua ni cantik kot T__T Bila layan vlog diorang pastu tengok muka sendiri kat cermin terus cermin tu pecah. Kesian.
Aku terus ajak Eina keluar sebab nak makan topokki. Sebelum tu aku pernah makan topokki dekat Dubu Dubu tapi tak sedap :( So kali ni nak cuba dekat MyeongDong Topokki di Sunway Putra Mall :D
Gambar-gambar yang aku up ni memang sedih sebab tak edit, macam biasa sebab aku malas. Lepas tu macam-macam bentuk gambar ni haha.
Tada ! Comel je kedai ni siap main nombor giliran lagi hehe. Kedai ni dekat tingkat 5, sederet dengan Boat noodle dan kedai-kedai makan lain.
First time pergi kitorang try chicken ramen, odeng, topokki dengan apatah yang si Eina ni order, yang hitam tu haha tapi sedap okayyyy. Chicken ramen tu ada side dish sekali, lepas tu ayam dia sedap sebab crunchy.
Spicy topokki. Sedap. Rice cake dia tu kenyal-kenyal tu yang sedap tu. Diorang ni dilemaskan dengan spicy sos yang bagi aku tak spicy mana, kalau letak spicy ramen punya sos pergh lagi mengancam !
Oh odeng sedapnya oiii. Sambil taip ni telan ailior banyak-banyak. Fish cake je tapi sebab dia ni warganegara korea tu yang jadi sedap tu kahkahkah. Dia punya sup tu perghh, tabur pulak dengan rumpai laut, menangis bak hang. Kalau pi korea hirup sup tu memang best la sebab sejukkk, kalau kat KL kau nak acah-acah hirup bajet cuaca sejuk memang mintak pelempang. Padehal dalam mall je. Satu mangkuk ni tak cukup share, kena beli sorang semangkuk baru puas hati !
Apa caption yang patut aku letak ?
' Eina bersama menu mee hitam ? '
' Eina masih single ? '
Muka teruja dengan makanan masing-masing. Nak jugak tepek gambar muka sendiri haha. Masalah dia apahal bentuk muka aku macam topokki kene gelek ni ?
Masa ni kali kedua pergi. Heret si Nana tapi tak de pulak gambar, cari tak jumpa. Jadi teringat-ingat kelazatan topokki dengan odeng. Dah empat kali aku melantak benda ni tanpa jemu sebab sedap sangat. Yang goreng tu sotong.
Dekat sini korang boleh makan secara ala carte atau pun set. Memang tak rugi sebab puas hati sangat-sangat. Harga pun standard lah, tapi baru ni harga minyak naik kan :p
Kat bawah ni aku letak link untuk rujukan.
Terima kasih sudi baca :)
Bye !