27 July, 2015

PART TIME

Well antara benda menarik nak dibuat masa semester break adalah kerja part time. Tapi kali ni ahkak sedih sebab tak berpeluang untuk kerja part time. Sedih yang tiada kata mampu diungkapkan sebab keinginan untuk menukar handphone baru boleh dilupakan begitu sahaja lalu keinginan bertukar menjadi kedinginan yang sendu. OMG.  Jom lah sama-sama sedih dengan aku. Lol. 

22 July, 2015

RAYA

Assalamualaikum wbt sari pembuka bicara dan pemanis kata. Bagaimanakah raya anda semua ? Saya disini gembira teramat. Disini bermakna bukanlah saya masih di kampung tetapi aura raya dikampung masih terasa, begitu hebat penangan aura kampung , berikan tepukan gemuruh ! Wah terlajak gembira pula saya. Setelah 6 hari beraya di utara, saya kembali kedakapan Kuala Lumpur. Oh KL ku. Hari raya pertama saya sedikit hambar kerana ditinggalkan oleh keluarga. Semuanya terjadi kerana segala perancangan tiba-tiba  menjadi bubur, ya saya tahu kita manusia merancang tetapi yang menentukan cuma Dia. Baiklah saya mulakan sekali lagi, semuanya terjadi kerana plan untuk solat sunat hari raya tiba-tiba tak jadi kerana bulan penuh yang dialami oleh sepupu saya.  Diharap anda faham lah maksud bulan penuh, segan juga saya hendak terangkan. Penat juga saya membuat plan untuk solat sunat contohnya plan nak pergi naik apa, pukul berapa hendak bertolak, di saf keberapa hendak duduk , bahagian mana yang ada penghawa dingin supaya boleh solat dengan nyaman dan lain-lain lagi. Sementelah itu hanya saya dan sepupu-sepupu kecil yang berusia 7,9 dan 13 tahun tinggal di rumah tokwan. Tinggalah kami berempat, sunyi dan sepi kerana seluruh isi rumah telah pergi ke masjid.

Suasana sangat krik krik. Jadi, untuk menghilangkan krik-krik itu kami bertiga mula bersepekat berlumba mengisi kuih raya. Acara mengisi kuih raya dipenuhi dengan tempikan adik dan kakak yang berebut ingin mengisi kuih raya bersama saya. Anda nampak tak betapa saya mempunyai pengaruh besar sehingga mereka berteriakan ingin membuat kerja bersama saya ? HA HA HA ! Tak mengapalah, setakat nak perasan bagus tu perlu jugak sedikit. Sebagai kakak paling besar ketika itu, saya telah mendapat kerjasama yang baik dengan tentera-tentera pengisi kuih raya. Untuk cerita lebih lanjut seperti jenis kuih raya, warna kuih raya, berapa balang kuih raya, harga kuih raya dan resipi kuih raya tidak akan saya ceritakan sebab membuang masa. Marilah kita langkah ke cerita seterusnya semasa pagi 1 syawal *lagu raya diputarkan*

Sambil menunggu kepulangan keluarga dari masjid, saya terus bersiap menepek bedak, mamkai gincu dan pelbagai alat solek lain, iya lah saya kan gadis sejati. Anda lupa ? Jenama apa saya pakai jga kita akan skip.

Hampir setengah jam saya menunggu kepulangan ahli keluarga sebab saya tengok penduduk kampung sudah beransur pulang ke rumah masing-masing, begitu juga pakcik makcik maklong paklang mak teh semuanya sudah beraya di rumah tok wan. Dimana keluarga saya ? Rupanya mereka sedang beraya tanpa saya. Hancur hati saya dibuatnya ibarat jauhari mengenal manikam, begitu tertikam hingga ketulang rusuk yang tak bergetar ini. Hanya ini lah perkongsian drama 1 syawal saya sebagai seorang nazirah.

Sekian, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang padi, kalau ada mood yang rajin sebesar ladang, akan saya update lagi. Selamat Hari Raya !

13 July, 2015

RAMADHAN

Hai. Cepat betul ramadhan berlalu sampai saya sendiri lupa dah berapa hari berpuasa walaupun sudah pasti sebagai gadis sejati saya takkan dapat berpuasa penuh. Memandangkan hari masih cerah jadi saya gagahkan diri mengrajinkan diri untuk menaip disini, bukan bermaksud bila hari gelap saya akan menjadi malas tetapi hmm mungkin  err tak apa lah kita abaikan sahaja.

Sebenarnya hari ini saya sedikit berteruja kerana akan berIFTHOR bersama gang babila ! Kenapa babila ? Saya sendiri tidak pasti sebab nama bukan pilihan atau nama yang tidak membawa apa-apa maksud ini telah diberi oleh izzah. Siapa izzah ? Bagaimana rupanya ? Bertenang. Tidak perlu teruja begitu sekali kerana izzah ini manusia seperti kita yang punya dua mata, dua lubang hidung dan dua telinga dah jantinanya sudah pastilah gadis seperti saya HAHAHA. Kami gadis swag, jaga-jaga.

Ahli-ahli babila haruslah juga terdiri dari kaum adam iaitu faris dan faizul. Tak perlu rasanya untuk bercerita lanjut tentang meraka sebab tak ada apa yang menarik kecuali faris seorang bisnesboy dan faizul adalah kekasih hati izzah. Mungkin sampai disini dulu sebab saya betul-betul kekeringan idea ibarat telur dihujung tanduk. Ya, memang tiada kena mengena tapi itulah satu-satunya bukti yang boleh saya buktikan yang saya memang tiada idea. Anda harus faham, bukan senang untuk mengarang sesuatu entri lagi-lagi gadis malas seperti nazirah. Tapi ! Saya sedang teruja menunggu pukul 6 petang. K.

12 July, 2015

NAFAS

Nampaknya nazirah begitu sayang dengan belog ini jadi dia telah mengambil keputusan untuk kembali menghidupkan ia dengan bantuan CPR . Wah bunyinya sangat hebat bukan? Setakat bantuan CPR di hujung jari, segalanya tidak mustahil ! Dengan kembali bernyawa belog ini mungkin ada yang bertanya di dalam hati ewah hebat betul permainan saya cuba meneka apa yang ada didalam hati pembaca budiman sekalian hee hee. Oh jadi apa pertanyaan di dalam hati itu ? Hanya anda yang mampu menjawabnya hmm letihlah bermain persoalan begini. Jadi kesimpulannya, saya sedang cuba menajamkan kembali kemahiran menggunakan diari online ini. Whattttttt ?! Diari online maigash bunyi sangat menggelikan dan menjengkelkan bukan ? 

Entri terakhir saya adalah pada tahun lepas iaitu 2014 dan sekarang sudah masuk tahun 2015. Setahun yang lalu berlalu lah sudah ramadhan sebulan berpuasa. Ihiks sempat pula saya menyanyi. Kesemua entri saya sejak tahun 2008 hingga 2014  telah saya draftkan kerana terasa seperti gadis yang err sukar untuk dikategorikan. Tetapi, mungkin saya akan keluarkan beberapa entri bagi mewakili setiap tahun kerana saya mahu anda semua tahu walaupun ada di antara anda tidak mahu tahu tapi saya tetap memaksa supaya anda tahu kerana anda sedang berada dalam kawasan belog nazirah bahawa saya telah terjebak dengan dunia blog sejak 2008. Lama sungguh bukan, dalam perkiraan menggunakan kalkulator 350 untuk pelajar sekolah menengah , nampaknya sudah 7 tahun blognazirah.blogspot.com ini beroperasi walaupun hayatnya sekejap tenggelam sekejap timbul. 

Baiklah, sebenarnya saya sedang cuba membaiki setting, warna, corak, font dan sebagainya. Malangnya ingatan saya tidak lah begitu kukuh tetapi tetap bersyukur kerana belog sunyi ini sudah kembali bernyawa . Hooray ! Marilah kita gembira bersama atau hanya saya sahaja yang gembira seorang diri, tak mengapa. Daripada saya membebel panjang ada baiknya saya terus meneroka tempat yang bersawang ini. Nanti sahaja lah saya sambung berceloteh di sini.