Assalamualaikum wbt sari pembuka bicara dan pemanis kata. Bagaimanakah raya anda semua ? Saya disini gembira teramat. Disini bermakna bukanlah saya masih di kampung tetapi aura raya dikampung masih terasa, begitu hebat penangan aura kampung , berikan tepukan gemuruh ! Wah terlajak gembira pula saya. Setelah 6 hari beraya di utara, saya kembali kedakapan Kuala Lumpur. Oh KL ku. Hari raya pertama saya sedikit hambar kerana ditinggalkan oleh keluarga. Semuanya terjadi kerana segala perancangan tiba-tiba menjadi bubur, ya saya tahu kita manusia merancang tetapi yang menentukan cuma Dia. Baiklah saya mulakan sekali lagi, semuanya terjadi kerana plan untuk solat sunat hari raya tiba-tiba tak jadi kerana bulan penuh yang dialami oleh sepupu saya. Diharap anda faham lah maksud bulan penuh, segan juga saya hendak terangkan. Penat juga saya membuat plan untuk solat sunat contohnya plan nak pergi naik apa, pukul berapa hendak bertolak, di saf keberapa hendak duduk , bahagian mana yang ada penghawa dingin supaya boleh solat dengan nyaman dan lain-lain lagi. Sementelah itu hanya saya dan sepupu-sepupu kecil yang berusia 7,9 dan 13 tahun tinggal di rumah tokwan. Tinggalah kami berempat, sunyi dan sepi kerana seluruh isi rumah telah pergi ke masjid.
Suasana sangat krik krik. Jadi, untuk menghilangkan krik-krik itu kami bertiga mula bersepekat berlumba mengisi kuih raya. Acara mengisi kuih raya dipenuhi dengan tempikan adik dan kakak yang berebut ingin mengisi kuih raya bersama saya. Anda nampak tak betapa saya mempunyai pengaruh besar sehingga mereka berteriakan ingin membuat kerja bersama saya ? HA HA HA ! Tak mengapalah, setakat nak perasan bagus tu perlu jugak sedikit. Sebagai kakak paling besar ketika itu, saya telah mendapat kerjasama yang baik dengan tentera-tentera pengisi kuih raya. Untuk cerita lebih lanjut seperti jenis kuih raya, warna kuih raya, berapa balang kuih raya, harga kuih raya dan resipi kuih raya tidak akan saya ceritakan sebab membuang masa. Marilah kita langkah ke cerita seterusnya semasa pagi 1 syawal *lagu raya diputarkan*
Sambil menunggu kepulangan keluarga dari masjid, saya terus bersiap menepek bedak, mamkai gincu dan pelbagai alat solek lain, iya lah saya kan gadis sejati. Anda lupa ? Jenama apa saya pakai jga kita akan skip.
Hampir setengah jam saya menunggu kepulangan ahli keluarga sebab saya tengok penduduk kampung sudah beransur pulang ke rumah masing-masing, begitu juga pakcik makcik maklong paklang mak teh semuanya sudah beraya di rumah tok wan. Dimana keluarga saya ? Rupanya mereka sedang beraya tanpa saya. Hancur hati saya dibuatnya ibarat jauhari mengenal manikam, begitu tertikam hingga ketulang rusuk yang tak bergetar ini. Hanya ini lah perkongsian drama 1 syawal saya sebagai seorang nazirah.
Sekian, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang padi, kalau ada mood yang rajin sebesar ladang, akan saya update lagi. Selamat Hari Raya !
Sekian, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang padi, kalau ada mood yang rajin sebesar ladang, akan saya update lagi. Selamat Hari Raya !
No comments:
Post a Comment