Hai. Cepat betul ramadhan berlalu sampai saya sendiri lupa dah berapa hari berpuasa walaupun sudah pasti sebagai gadis sejati saya takkan dapat berpuasa penuh. Memandangkan hari masih cerah jadi saya gagahkan diri mengrajinkan diri untuk menaip disini, bukan bermaksud bila hari gelap saya akan menjadi malas tetapi hmm mungkin err tak apa lah kita abaikan sahaja.
Sebenarnya hari ini saya sedikit berteruja kerana akan berIFTHOR bersama gang babila ! Kenapa babila ? Saya sendiri tidak pasti sebab nama bukan pilihan atau nama yang tidak membawa apa-apa maksud ini telah diberi oleh izzah. Siapa izzah ? Bagaimana rupanya ? Bertenang. Tidak perlu teruja begitu sekali kerana izzah ini manusia seperti kita yang punya dua mata, dua lubang hidung dan dua telinga dah jantinanya sudah pastilah gadis seperti saya HAHAHA. Kami gadis swag, jaga-jaga.
Ahli-ahli babila haruslah juga terdiri dari kaum adam iaitu faris dan faizul. Tak perlu rasanya untuk bercerita lanjut tentang meraka sebab tak ada apa yang menarik kecuali faris seorang bisnesboy dan faizul adalah kekasih hati izzah. Mungkin sampai disini dulu sebab saya betul-betul kekeringan idea ibarat telur dihujung tanduk. Ya, memang tiada kena mengena tapi itulah satu-satunya bukti yang boleh saya buktikan yang saya memang tiada idea. Anda harus faham, bukan senang untuk mengarang sesuatu entri lagi-lagi gadis malas seperti nazirah. Tapi ! Saya sedang teruja menunggu pukul 6 petang. K.
Sembang belalat... izzah lubang hidung besar tu? huhuhuhu
ReplyDelete