15 July, 2016

4 TAHUN

Assalamualaikum. 

Ehem. Begitu sopan memulakan bebicara, amboi macam la aku ni teruk sangat. Aku wanita melayu terakhir kot (mute 1 year) Mute diri sendiri sebab rasa macam tak patut gelarkan diri sediri wanita melayu terakhir. Ok la, menangis tepi bucu katil sorang-sorang ibarat melukut di tepi gantang sebab tak ada sape yang akan pujuk. HAHAHA. Tak kelakar. Mohon tajamkan skill kelakar anda Nazirah. 

Tak mengapa, mari kita teruskan. Eh kita atau aku ? Yes, aku, sebab ni blog aku. Heh -__-

Baiklah, apa kaitannya tajuk 4 TAHUN pada hari ini ? Adakah hari ini genap usia blog 4 TAHUN ? Sudah tentu tidak sama sekali sebab blog ini dah wujud sekitar lapan tahun yang lalu. 

Adakah hari ni ulang tahun aku yang ke 4 TAHUN ? ini betul-betul tak masuk akal.

Sudah 4 TAHUN aku berkahwin ? Kenapa statement ni menusuk kalbu betul ? kahkahkah

Dah la bosan betul main teka-teki yang tak menarik langsung ni, Dengan ini aku dengan gembiranya nak bagitau aku dah berjaya tamatkan 4 TAHUN belajar ni UMT !! Tepukan gemuruh !!! Betul-betul gembira sebab 4 tahun tu lama korang tahu tak ? kalau orang mengandung 4 tahun lepas, mungkin hari ni anak perempuan tersebut dah selamat belajar alif ba dekat tadika, atau pun sedang mengandung lagi untuk kali ketiga ataupun sedang merancang untuk menutup kilang. Kerrrrlas kau punya andaian Nazirah. 

Alhamdulillah setelah 4 TAHUN berhempas pulas :
  • bangun pagi hari-hari pergi kelas dan ponteng kelas
  • tubuhkan 30 ribu  group whatsapp untuk assignments ( amboi )
  • kehulur kehilir demi menyiapkan  tugas pensyarah bagi
  • buat sesi kaunseling dan verbatim sampai muntah
  • pergi praktikal jadi kaunselor pelatih yang sendu
  • ukur tanah di Terengganu , Pahang & Kelantan ( nampak tak permainan dia ? )
  • cari jodoh like whatttt KAHKAHKAH
Banyak okay perkara yang dibuat dalam masa 4 TAHUN, tak terkata ( insert lagu sedih ) akhirnya selesai perjuangan. Walaupun aku jarang ATAU PUN TAK PERNAH KONGSI LANGSUNG life aku dekat UMT, tapi secara keseluruhannya life aku sangat awesome, oh yeah ! So untuk masa sekarang aku nak berehat dulu puas-puas sebelum nak masuk alam kerja yang fenuh dengan cabaron dan dogaan katanyewww. InsyaAllah November 2016 akan bergraduat. 

Aku tak tahu lah masih ada atau tidak pembaca untuk blog yang sendu, sepi dan terbiar ini. Kalau masih ada, terima kasih he-he-he :p Ada kudrat dan tenaga kita jumpa lagi esok lusa atau tunggu saje lah sampai aku ingat yang rupanya aku ni masih ada blog hahaha. Bye !



12 July, 2016

STRESS STRESS

Amboi tajuk awal-awal dah nampak simptom negatif. Stress lah sedang menyiapkan laporan akhir praktikum niwww. Padahal benda sikit je and tarikh pun pensyarah bagi kelonggaran dah hantar lambat. Ala, well biasa lah student, tak student ah kalau tak last minute gichuw ! Ke aku je macam tu ? -________________- Maigad, kbye nak sambung buat kerja yaww.

09 July, 2016

Nazirah is back !

Fuh fuh ! Hampir setahun aku tinggal blog ni. Ampunkan Nabela Ya Allah. Aku pun tak faham kenapa aku malas sangat nak update. Tapi bila aku kaji sebabnya amboi, kaji kau, hasil dapatan mendapati keadaan wifi yang tidak mengizinkan. Ye lah, aku duduk rumah sewa haruslah kedekut berjimat cermat data ! Walaupun langgan 12gb tapi sebagai seorang Nazirah, ia masih tidak cukup untuk menampung nafkah nak beronline. Dapatan kedua pulak mendapati tahap kemalasan mencapai kadar maximum untuk memidahkan gambar dari hp ke laptop. Korang apa tau, dah tua tua makin menjadi malas nak buat benda simple pun. kalau dulu rajin dia tinggi tahap Gunung Fuji ! sekarang Fuji tah kemana, yang ada kuih suji. Ewahhhhh. Di akhir coretan tak seberapa ni, aku nak ucapkan SHRMZDB. Yeah, ini lah ucapan paling tak ikhlas menjelang wawasan 2020. Budak-budak zaman sekarang perlu tahu. Nanti update lagi. Bye.

22 September, 2015

HILANG

Hai and Assalamualaikum :)

Hello, tak sempat nak congak dah berapa puluh hari aku hilang sekejap. Maafkan daku fuh fuh sambil tiup daun-daun kering. Laptop rosak dan aktiviti blog semuanya tergendala ! Bye.

22 August, 2015

JEJAK PENYAYANG UMT 2015 PART 2

Hai, jumpa lagi. Maaflah diatas kehilangan yang secara tiba-tiba ini. I olls is busy pergi bercuti uolls. Ok lah tak nak buang masa sebab masa tu emas tapi kalau aku buang masa pun, aku tetap tak nampak kemana  perginya segerombolan emas yang dicanangkan itu. Baiklah, masa malam pertama dekat CH, aktiviti jeng jeng yang aku war-warkan tersebut adalah latihan menari tarian hindustan. Hah giittewww. Kemain praktis, nasib baik lah dalam kumpulan aku ada sorang berbangsa india, kebetulan jugak dalam phone dia ada video bolly choria bolly kanggana semua tu lah. Lega sikit rasa sebab memudahkan latihan, latihan ni bukan sebarang latihan okay, pertandingan ! Ulang suara, PERTANDINGAN. Kumpulan lain berlakon, pentomin dan lain-lain. Suka aku ingatkan disini sekiranya aku menyebut 'lain-lain', itu membawa maksud aku lupa kahkahkah. So yess, inilah group aku 



So keesokkan hari, pagi yang sejuk dingin membeku dan kejung aku mandi masa subuh, rasa nak mengucap sebab sejuk yang tidak terkata, mana ada air panas dekat sini ! So, hadap lah jugak, memang aku rasa jantung berhenti, hahaha over tak ? Dah siap semua, solat , sarapan pagi, moh la kita bersenam. hikhok. Lepas habis senaman pagi, aku terus membuta sampai tengahari. Aku hilang arah tuju sebab tak ada aktiviti masa ni, di samping aku melihat beberapa  jasad wanita yang sambung tidur, begitu juga jasad lelaki. Jasad yang masih bernyawa. Program paling tenang, aman dan sewaktu dengannya yang membolehkan aku tidur sesuka hati. Agak-gak dah nak zohor aku pun bangun, mandi-mandi dah berjalan di sekitar kampung. Nengok dan dengar je la tok batin explain pasal sumpit. Lepas tu praktis lagi menari menggelek bergolek untuk pertandingan malam last dekat CH ni.

Lepas asar,  acara sukaneka dengan anak-anak penduduk Orang Asli Kg.Leryar. Hahaha meriah diknonnn, suka aku tengok masing-masing semangat tahap level 10 , bersungguh-sungguh nak menang. Bagus, akak bagi 10 bintang untuk korang. Macam-macam acara yang dipertandingkan, yang penting, semua dapat hadiah. Nak maghrib tu barulah habis aktiviti, marilah kita bersurai dan mandi menuju ke surau dan makan malam dan bersiap sedia ke acara malam kemuncak. Kemuncak yang tiba-tiba hambar bila PA system rosak. Perasaan masa tu memang hancur berkecai lah jugak, sentap jantung ni sebab hilang kelaut dah mood bollywood aku ! Tak pe lah, aku skip lah part sedih ni *nangis bawah bantal* 

Dah selesai aktiviti malam, ucapan itu ini bla bla dan , terus masuk tidur sebab besok pagi dan nak betolak balik UMT. Tak sabar nak tunggu esoknya sebab nak berjimba meowwww ! Aku tidur penuh senyuman dalam iman. HAHAHA. So part 3 yakni part last, tunggu lah bila aku pun tak tau. Dah la entri ni macam nak tak nak je aku update sebab dah lama sangat terbiar so jadi berat bontot berat tangan berat daya pemikiran.











 







Btw, kami menumpang mandi di rumah penduduk dekat sini. Sangat best bilik air diorang, bersih okayyyy. Ada jugak bilik air yang ada mesin basuh, rasa nak pinjam je woii nak basuh baju :p Terima kasih pakcik, makcik, abang, kakak dan penduduk di Kg.Leryar sebab bagi pinjam bilik air :D Kbye, jumpa next entry. Zzz zzz.