Hai, jumpa lagi. Maaflah diatas kehilangan yang secara tiba-tiba ini. I olls is busy pergi bercuti uolls. Ok lah tak nak buang masa sebab masa tu emas tapi kalau aku buang masa pun, aku tetap tak nampak kemana perginya segerombolan emas yang dicanangkan itu. Baiklah, masa malam pertama dekat CH, aktiviti jeng jeng yang aku war-warkan tersebut adalah latihan menari tarian hindustan. Hah giittewww. Kemain praktis, nasib baik lah dalam kumpulan aku ada sorang berbangsa india, kebetulan jugak dalam phone dia ada video bolly choria bolly kanggana semua tu lah. Lega sikit rasa sebab memudahkan latihan, latihan ni bukan sebarang latihan okay, pertandingan ! Ulang suara, PERTANDINGAN. Kumpulan lain berlakon, pentomin dan lain-lain. Suka aku ingatkan disini sekiranya aku menyebut 'lain-lain', itu membawa maksud aku lupa kahkahkah. So yess, inilah group aku
So keesokkan hari, pagi yang sejuk dingin membeku dan kejung aku mandi masa subuh, rasa nak mengucap sebab sejuk yang tidak terkata, mana ada air panas dekat sini ! So, hadap lah jugak, memang aku rasa jantung berhenti, hahaha over tak ? Dah siap semua, solat , sarapan pagi, moh la kita bersenam. hikhok. Lepas habis senaman pagi, aku terus membuta sampai tengahari. Aku hilang arah tuju sebab tak ada aktiviti masa ni, di samping aku melihat beberapa jasad wanita yang sambung tidur, begitu juga jasad lelaki. Jasad yang masih bernyawa. Program paling tenang, aman dan sewaktu dengannya yang membolehkan aku tidur sesuka hati. Agak-gak dah nak zohor aku pun bangun, mandi-mandi dah berjalan di sekitar kampung. Nengok dan dengar je la tok batin explain pasal sumpit. Lepas tu praktis lagi menari menggelek bergolek untuk pertandingan malam last dekat CH ni.
Lepas asar, acara sukaneka dengan anak-anak penduduk Orang Asli Kg.Leryar. Hahaha meriah diknonnn, suka aku tengok masing-masing semangat tahap level 10 , bersungguh-sungguh nak menang. Bagus, akak bagi 10 bintang untuk korang. Macam-macam acara yang dipertandingkan, yang penting, semua dapat hadiah. Nak maghrib tu barulah habis aktiviti, marilah kita bersurai dan mandi menuju ke surau dan makan malam dan bersiap sedia ke acara malam kemuncak. Kemuncak yang tiba-tiba hambar bila PA system rosak. Perasaan masa tu memang hancur berkecai lah jugak, sentap jantung ni sebab hilang kelaut dah mood bollywood aku ! Tak pe lah, aku skip lah part sedih ni *nangis bawah bantal*
Dah selesai aktiviti malam, ucapan itu ini bla bla dan , terus masuk tidur sebab besok pagi dan nak betolak balik UMT. Tak sabar nak tunggu esoknya sebab nak berjimba meowwww ! Aku tidur penuh senyuman dalam iman. HAHAHA. So part 3 yakni part last, tunggu lah bila aku pun tak tau. Dah la entri ni macam nak tak nak je aku update sebab dah lama sangat terbiar so jadi berat bontot berat tangan berat daya pemikiran.
Btw, kami menumpang mandi di rumah penduduk dekat sini. Sangat best bilik air diorang, bersih okayyyy. Ada jugak bilik air yang ada mesin basuh, rasa nak pinjam je woii nak basuh baju :p Terima kasih pakcik, makcik, abang, kakak dan penduduk di Kg.Leryar sebab bagi pinjam bilik air :D Kbye, jumpa next entry. Zzz zzz.
No comments:
Post a Comment