12 July, 2017

Pasal Mr.Dakgalbi & Illusion PV 128 &

Assalamualaikum !

Yawwww !! Baru ni aku bawak cousin aku memakan di Mr. Dakgalbi PV128 yakni sekangkang kera dengan rumah aku. Pemergian (??) aku ke Dakgalbi kali ni kali ketiga dan kebetulan punya la lapar yang amat. Sebelum ni aku makan mendalah ni masa perut tengah kenyang so tak berapa nak feel gittu. So kali ni makan baru lah dapat mendalami dengan penuh khusyuk !

Setakat ni aku pergi belum pernah lagi la full house, mungkin sebab aku selalu pergi on weekdays. Ni first time pegi malam, lewat pulak dalam pukul 10. Kami pergi dengan harapan, kami pulang dengan kegembiraan. Ya, ini lah slogan kami sepanjang malam tersebut. 



Gambar ig story cousin aku, terupa and malas nak crop :p




Masing-masing excited sebab tengah kebulur yang amat haha. Sambil tengok pekerja tu kletang klitung menggoreng, aku dah ready nak ngap je. Kali ni aku tak amek cheese ring.



Portion untuk 2-3 pax. Banyak ni pun kitorang makan tak habis. Aku rasa sesuai untuk 4 pax sebab memang banyak oiii. Kiorang amek set je terus, tukar nasi dengan topokki.




Maigad my pebret cuolls topokki ! Tarik-tarik dengan cheese. Wuarghh telan ailiorrrr !




Bawak orang PERTH-lis berkorean jap. Ainul ni dah kawen, ada anak sorang tapi badan & perangai macam tak sedar diri dah ada suami  & anak -___- hahaha




Eh mesti acah-acah !! Apa guna layan movie korea tapi tak tiru cara makan !!

So total makan malam tu untuk tiga orang RM75  sangat berbaloi :D

Will repeat ? OF COURSE !



Haipp, mesti disudahi dengan dessert. Ya kawan-kawan sekali, sebelah Dakgalbi ni ada kedai ala-ala Dip n Dip. Nama dia Illusion, hai Illusion, saya Nazirah. Yang kitorang amek ni lupa crepe apa tah, harga RM17.90. Makan kogsi sebab perut dah penuh dengan Dakgalbi tadi. So, pegi la cuba ! 

Illusion ni rasa dia light je, tak pekat macam Dip n Dip dengan Salon Du Chocolate. Jadi tak cepat muak. K telan ailior lagiiiiiiiiiiii.

Will repeat ? OF COURSE !

Kalau korang rasa nak cuba, Dakgalbi ni banyak je cawangan dia. PV 128 ni salah satu, nak datang ? Waza aje lah :p

Bye !



06 July, 2017

KETAGIH SPICY RAMEN

Assalamualaikum w.b.t :D

Hello korang ! Hari ni macam terrajin nak buat entri pasal spicy ramen. Well, aku ni memang peminat makanan pedas. So bila spicy ramen ni viral, of course aku nak cuba. First time aku mentelan ramen ni tahun lepas lah. masa tengah praktikal. Kemain buat challenge dengan member aku. Hai Mira ! 


First time makan pergh memang sedap weyhhh. Serius bukan nak kelentong okay ! aku suka mee dia sebab kenyal, tak macam maggi. Setiap kunyahan membawa erti kenikmatan LOL. Tahap pedas dia okay , aku boleh go. Start tu aku memang asyik nak makan je. Haha. Dalam bungkus, dalam bowl & cawan semua aku dah cuba.


Tetiba muncul pulak perisa cheese. OMG kena cuba ! Bapak sedap T___T sampai ke saat ni kalau makan spicy ramen memang beli yang cheese je. Tak semena-mena muncul versi ice cool pulak wakaka. Comel kan spicy ramen ni ? Kalau ice cool aku memang tak suka, tak sedap. Aku bancuh ramen , BANCUH ? BANCUH RAMEN ? KAU ADA ? bancuh pun bancuh la, maksud aku buat lah ramen tu macam step yang kat pembungkus tu. Hmmm not my taste cuollss. Makan sejuk-sejuk.


Baru-baru ni perisa kari. Haippp, cuba jugak. Okay, kari ni not bad. Dia siap ada yang rencah-rencah tu apa tah. Kari ramen ni tak sama macam maggi yang biasa tu. Lain. Rasa boleh tahan, masih boleh diterima tekak. Aku repeat juga beberapa kali.


Apa pun, antara empat jenis ramen niii, cheese yang menawan hati aku ! Yeayyyy ! Bagi aku cheese dia tak muak pun, rasa asyik je bila makan. Telan ailior jap sambil taip. Padahal semalam baru melantak :p


Btw aku nak share tips untuk kurangkan kepedasan lidah korang yang terbakar. Lagi-lagi yang jenis tak tahan pedas. Aku tak pernah minum susu lepas makan spicy ramen, aku tak pernah minum air sejuk lepas makan. Apa yang aku buat aku, minum air suam. Jangan la panas sangat. Lepas habis makan, bila korang minum air memang azab sikit sebab pedas + panas kekeke. 


Comfirm cepat je lidah korang dah okay :D Jangan marah kalau tips ni tak menjadi kat korang. Tips nak cepatkan hilangkan pedas ni pun aku dapat dari mak kawan baik aku. Hai Nadia ! Selain tu, aku tak makan bersulam dengan air. Lepas makan baru minum air. Cer korang try !

Bye !



05 July, 2017

SELAMAT HARI RAYA 2017 !!

Assalamualaikum w.b.t :D

Hai koranggggggggggg ! OMG korangg, lama gila kita tak jumpa kan ? Haruslah bajet macam kita semua ni memang kenal tahap sep sep tom tom gituuu. Amacam raya korang ? Raya aku harus awesome tiap-tiap tahun ! Tahun ni balik Kedah, Perlis, Penang & Perak. Tayah terkejut sebab parent aku memang team utara. Setiap negeri di utara pasti terletaknya kaum keluarga aku bhahaha.


Well tahun ni aku dah 27 tahun which is aku feeling cool sangat ! Dengan ketinggian dan berat aku yang comel ni, rata-rata ingat aku masa bersekolah kahkahkah. Harus rasa bangga okay bila orang ingat aku muda. Awww. Korang ade kewww ? 


Last entry aku bulan April. Hmmmm tak lama mana pun aku biarkan blog ni tak terupdate  -___-

Entah mana la hilang semangat aku sejak zaman 2008 dulu. Puas aku cari tau. Tak jumpa sampai umur dah masuk 27 :p Rupanya pejam celik dah 10 tahun umur blog aku ni weyhhh. Awesome kot ! Walaupun banyak entry aku dah masuk draft :')

Sebenarnya aku nak wish selamat hari raya je pun. Tapi sempat merapu, comel kan ? OMG comel sangat ! Even blog aku ni takde ramai pembaca dan sendu, aku rasa selesa je nak kongsi. Macam kesian pun ada sebab macam syok sendiri wahaha. Tak pe lah tak de pembaca pun, biar lah aku feeling macam blogger pemes di alam fantasi :p Dan aku masih sempat merapu -_______-

Okay, Selamat Hari Raya untuk readers yang masih setia ( hmmm ada ke ? ), semoga Aidilfitri tahun ni membawa 1001 keceriaan ! 

Bye ! 






07 April, 2017

Hokkaido Cheese Tart vs Tokyo Secret

Assalamualaikum :)

Yawwwwww. Aku tak tau nak klasifikasikan perut aku ni jenis apa, nafsu aku jenis apa, tekak aku kategori apa. Akhirnya aku pun malas nak fikir. Yang aku tahu, aku suka makan and aku suka makan benda sedap. Contohnya cheese tart. Kekeke.

Masa Hokkaido ni tengah viral, aku pun apa lagi, nak jugak menyibuk. Mana boleh tengok je, kena jugak rasa ! Disebabkan aku penghuni KL, so tak de masalah pun nak cari si Hokkaido ni. Nasib baik dah habis study, kalau masih duduk dekat Ganu ? Tunggu cuti la baru dapat merasa. Aku nak jugak tahu apa yang sedap sangat sampai viral.

Bila aku dah beli dan makan. Hmm ok, not bad. Bagi aku Hokkaido ni gila punya creamyyyy. Tekak aku tak boleh nak makan banyak-banyak, loya jadinya. Uwek. Harga pulak memang sesuai dengan saiz dan rasa. Nice gittewwwww !

Tak lama lepas tu, muncul pulak si Tokyo Secret. Ewahhh. Beli jugak aku. Dengan jujurnya, Tokyo Secret lagi sedap dari Hokkaido ! Serius tak tipu ! Tekak aku sangat gemarkan kelazatan cheese tart Tokyo ( sambil telan air liur ). Kalau dibandingkan harga dengan Hokkaido, Tokyo mahal sikit tapi lagi sedap. Berbaloi-baloi sambil menangis sebab tak cukup. 

Masa ni tengah berholiday dekat Ipoh. Kebetulan duduk dekat Weil Hotel, apa lagi terus jalan kaki pegi Ipoh Parade. Jalan kaki ah sebab mall dengan hotel ni sebelah je. Turun hotel terus boleh masuk Ipoh Parade. Suka betul hakak masa tuuu


Tadaaaa. Masa first time tu, aku try original & chocolate. Tak lama lepas balik KL, ada perisa durian. Aku try jugakkk, hambek kau, nak muntah aku HAHAHAHA. 


Tepuk tangan sikit untuk Tokyo sebab dia ni sedap gila ! aku try hazelnut. Ya ampun, sedap sangat rasa dia. Sejak kejadian ini, aku dah tak beli Hokkaido :p Tokyo ni aku makan hazelnut :D

*pic tokyo secret dari google*



So pi cepat lekaih beli. Komfem puas hati. Walaubagaimanapun, cewahhhh, lidah dan tekak manusia ni berlainan. Review aku ni berdasarkan tekak aku. Walaupun anak tekak aku ni tak pernah masuk kelas memasak ke apa, sekurangnya dia pernah belajar sampai ke UMT dan ada ilmu kaunseling. Lulz, lawak hambar di petang hari. 

Bye !




05 April, 2017

Burger Bakar Sedap di Parit Buntar

Assalamualaikum :)

Sup gangggg ! Hacha duin yaww ! Gelabah sangat. Btw, baru hari ni aku terjumpa gambar burger bakar sedap gila yang aku cerita 100 tahun lepas. Kahkahkah. Sorry ah gang, bukan sengaja tak nak up cerita baru, tapi malas. Baik dan jujur kan pengakuan aku ? Petang ni kebetulan masa tengah sibuk menggamit memori, tetiba terjumpa gambar burger yang mampu buat air liur korang merembes di skrin. Tak caya sudah. 


Ni senarai menu. Tak susah pun nak baca, walaupun menu nampak usang, tapi jangan kau berani judge kesedapan burger bakar ni dengan sewenangnya. Oh yeah.


Walaupun nampak comot dan bersepah, tapi kelazatan beliau akan membuat korang gila bayang.


Di sebabkan beliau, sampai hari ni aku craving gila. Tapi jarak menjadi penghalang. Haih.

Aku pun tak pasti sama ada burger bakar ni ada cawangan atau tidak. Kalau ada cawangan pun, aku yakin air tangan brader ni dengan air tangan cawangan lain takkan sama. Nak tunggu dapat makan burger ni lagi, kena tunggu balik kampung dulu la jawabnya. Hari tu, dua malam kat kampung, dua malam berturut aku layan burger ni. 

Serius tak tipu, memang sedap. Aku dah pernah makan macam-macam burger bakar. Dari yang tak viral sampai ke viral, burger bakar ni jugak paling sedap ! Sedap sampai masa makan meleleh air mata. Review ni memang jujur dan ikhlas dari hati aku weyh.

Daging dia ya tohan memang umpphh. Aku malas nak cakap banyak, korang pegi la try. Sambil aku up entri ni, sambil tu aku google. Eh terjumpa pulak fb brader burger bakar ni.


Landmark senang je, korang search Hotel Melor Inn. Orang Parit Buntar apa lagi ? Pi serbu lekaihhhhhh ! Orang luar PB pun kena rasa jugak, gerenti repeat :D 

Bye !