Assalamualaikum !
Yawwww !! Baru ni aku bawak cousin aku memakan di Mr. Dakgalbi PV128 yakni sekangkang kera dengan rumah aku. Pemergian (??) aku ke Dakgalbi kali ni kali ketiga dan kebetulan punya la lapar yang amat. Sebelum ni aku makan mendalah ni masa perut tengah kenyang so tak berapa nak feel gittu. So kali ni makan baru lah dapat mendalami dengan penuh khusyuk !
Setakat ni aku pergi belum pernah lagi la full house, mungkin sebab aku selalu pergi on weekdays. Ni first time pegi malam, lewat pulak dalam pukul 10. Kami pergi dengan harapan, kami pulang dengan kegembiraan. Ya, ini lah slogan kami sepanjang malam tersebut.
Gambar ig story cousin aku, terupa and malas nak crop :p
Masing-masing excited sebab tengah kebulur yang amat haha. Sambil tengok pekerja tu kletang klitung menggoreng, aku dah ready nak ngap je. Kali ni aku tak amek cheese ring.
Portion untuk 2-3 pax. Banyak ni pun kitorang makan tak habis. Aku rasa sesuai untuk 4 pax sebab memang banyak oiii. Kiorang amek set je terus, tukar nasi dengan topokki.
Maigad my pebret cuolls topokki ! Tarik-tarik dengan cheese. Wuarghh telan ailiorrrr !
Bawak orang PERTH-lis berkorean jap. Ainul ni dah kawen, ada anak sorang tapi badan & perangai macam tak sedar diri dah ada suami & anak -___- hahaha
Eh mesti acah-acah !! Apa guna layan movie korea tapi tak tiru cara makan !!
So total makan malam tu untuk tiga orang RM75 sangat berbaloi :D
Will repeat ? OF COURSE !
Haipp, mesti disudahi dengan dessert. Ya kawan-kawan sekali, sebelah Dakgalbi ni ada kedai ala-ala Dip n Dip. Nama dia Illusion, hai Illusion, saya Nazirah. Yang kitorang amek ni lupa crepe apa tah, harga RM17.90. Makan kogsi sebab perut dah penuh dengan Dakgalbi tadi. So, pegi la cuba !
Illusion ni rasa dia light je, tak pekat macam Dip n Dip dengan Salon Du Chocolate. Jadi tak cepat muak. K telan ailior lagiiiiiiiiiiii.
Will repeat ? OF COURSE !
Kalau korang rasa nak cuba, Dakgalbi ni banyak je cawangan dia. PV 128 ni salah satu, nak datang ? Waza aje lah :p
Bye !