05 August, 2015

OMG NAK LETAK TAJUK APA NI ?

Hai. Aku baru sedar hari tu rupanya kalau kita dah drafkan semua entri-entri lama lepas tu bila publish semula, ia akan bertarikh dan bermasa sewaktu di publish. Maksudnya entri aku masa tahun 1957 dulu aku draftkan , lepas tu tahun 2015 aku nak publish, so tarikh dan masa seolah-olah eh bukan seolah tapi memang bertarikh 2015. Gila pening ayat perempuan ni oi. Haha. Ala aku tahu korang faham dah tapi saja aku nak meleret supaya nampak panjang sikit entri ni. Kekdahnyaaaa. Tak sangka aku dah bernyawa masa tahun 1957. Ye ah, nak bagi contoh mesti poweroot ciked. Gitteww. 

Disebabkan lama sangat aku tak bagi nafkah secara zahir dekat blog ni, aku sendiri masih keliru gaya penulisan macam mana perlu aku guna. Adakah berpantun ? Bersajak ? Puisi ? Atau rap ? Nampaknya tiada pilihan yang betul. Lawak tak ? Kamon, lawak k lawak ! Tak pe lah, aku pilih untuk menulis secara santai. Mengikut keselesaan hati , nurani dan jasad ini. Awww. Tapi bila mengenangkan segala entri yang telah didrafkan secara 100% macam sedikit menyesal pun ada. Padan muka masa buat tak fikir tsk tsk. Aku cedok supaya jadi pengajaran agar pisang tak berbuah doplah empat kali. Bila bosan-bosan aku baca balik entri lelama yang lame tak terkata kesian budak baru lepas spm masa tu gigih bercerita dekat blog HAHAHA. 

Entri-entri lama lah penghibur aku di kala cuti semester yang sendu ni. Kah kah. Tak mengapalah nazirah, sebagai gadis swag, anda perlu tabah T_T Sekarang dan hari mendatang merupakan counting days untuk masuk semester baru dengan azam yang acah-acah baru tapi tak pernahnya terlaksana wakaka. Dah ah bye. 

03 August, 2015

KOSONG

Hai hello hello . Test test 1, 2, 3. Lama betul nak menunggu mood mengarang di blog usang ini. Masa dulu bukan main rajin nak update, ada je cerita. Sekarang ehek ehek. Sadis. Tak apa lah, walaupun entri ini adalah entri usang di siang hari, tetapi ini adalah usaha yang tidak lah berapa keringat agar blog ini tidak mati untuk kali ke sepuloh juta. Haa nampak tak ? Lol. Nampak bangga betul bila dapat update blog walaupun tak memberi apa apa faedah HAHAHA. Sebenarnya ada sesuatu nak dikongsi tapi sabar dulu. Bye !

27 July, 2015

PART TIME

Well antara benda menarik nak dibuat masa semester break adalah kerja part time. Tapi kali ni ahkak sedih sebab tak berpeluang untuk kerja part time. Sedih yang tiada kata mampu diungkapkan sebab keinginan untuk menukar handphone baru boleh dilupakan begitu sahaja lalu keinginan bertukar menjadi kedinginan yang sendu. OMG.  Jom lah sama-sama sedih dengan aku. Lol. 

22 July, 2015

RAYA

Assalamualaikum wbt sari pembuka bicara dan pemanis kata. Bagaimanakah raya anda semua ? Saya disini gembira teramat. Disini bermakna bukanlah saya masih di kampung tetapi aura raya dikampung masih terasa, begitu hebat penangan aura kampung , berikan tepukan gemuruh ! Wah terlajak gembira pula saya. Setelah 6 hari beraya di utara, saya kembali kedakapan Kuala Lumpur. Oh KL ku. Hari raya pertama saya sedikit hambar kerana ditinggalkan oleh keluarga. Semuanya terjadi kerana segala perancangan tiba-tiba  menjadi bubur, ya saya tahu kita manusia merancang tetapi yang menentukan cuma Dia. Baiklah saya mulakan sekali lagi, semuanya terjadi kerana plan untuk solat sunat hari raya tiba-tiba tak jadi kerana bulan penuh yang dialami oleh sepupu saya.  Diharap anda faham lah maksud bulan penuh, segan juga saya hendak terangkan. Penat juga saya membuat plan untuk solat sunat contohnya plan nak pergi naik apa, pukul berapa hendak bertolak, di saf keberapa hendak duduk , bahagian mana yang ada penghawa dingin supaya boleh solat dengan nyaman dan lain-lain lagi. Sementelah itu hanya saya dan sepupu-sepupu kecil yang berusia 7,9 dan 13 tahun tinggal di rumah tokwan. Tinggalah kami berempat, sunyi dan sepi kerana seluruh isi rumah telah pergi ke masjid.

Suasana sangat krik krik. Jadi, untuk menghilangkan krik-krik itu kami bertiga mula bersepekat berlumba mengisi kuih raya. Acara mengisi kuih raya dipenuhi dengan tempikan adik dan kakak yang berebut ingin mengisi kuih raya bersama saya. Anda nampak tak betapa saya mempunyai pengaruh besar sehingga mereka berteriakan ingin membuat kerja bersama saya ? HA HA HA ! Tak mengapalah, setakat nak perasan bagus tu perlu jugak sedikit. Sebagai kakak paling besar ketika itu, saya telah mendapat kerjasama yang baik dengan tentera-tentera pengisi kuih raya. Untuk cerita lebih lanjut seperti jenis kuih raya, warna kuih raya, berapa balang kuih raya, harga kuih raya dan resipi kuih raya tidak akan saya ceritakan sebab membuang masa. Marilah kita langkah ke cerita seterusnya semasa pagi 1 syawal *lagu raya diputarkan*

Sambil menunggu kepulangan keluarga dari masjid, saya terus bersiap menepek bedak, mamkai gincu dan pelbagai alat solek lain, iya lah saya kan gadis sejati. Anda lupa ? Jenama apa saya pakai jga kita akan skip.

Hampir setengah jam saya menunggu kepulangan ahli keluarga sebab saya tengok penduduk kampung sudah beransur pulang ke rumah masing-masing, begitu juga pakcik makcik maklong paklang mak teh semuanya sudah beraya di rumah tok wan. Dimana keluarga saya ? Rupanya mereka sedang beraya tanpa saya. Hancur hati saya dibuatnya ibarat jauhari mengenal manikam, begitu tertikam hingga ketulang rusuk yang tak bergetar ini. Hanya ini lah perkongsian drama 1 syawal saya sebagai seorang nazirah.

Sekian, kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang padi, kalau ada mood yang rajin sebesar ladang, akan saya update lagi. Selamat Hari Raya !

13 July, 2015

RAMADHAN

Hai. Cepat betul ramadhan berlalu sampai saya sendiri lupa dah berapa hari berpuasa walaupun sudah pasti sebagai gadis sejati saya takkan dapat berpuasa penuh. Memandangkan hari masih cerah jadi saya gagahkan diri mengrajinkan diri untuk menaip disini, bukan bermaksud bila hari gelap saya akan menjadi malas tetapi hmm mungkin  err tak apa lah kita abaikan sahaja.

Sebenarnya hari ini saya sedikit berteruja kerana akan berIFTHOR bersama gang babila ! Kenapa babila ? Saya sendiri tidak pasti sebab nama bukan pilihan atau nama yang tidak membawa apa-apa maksud ini telah diberi oleh izzah. Siapa izzah ? Bagaimana rupanya ? Bertenang. Tidak perlu teruja begitu sekali kerana izzah ini manusia seperti kita yang punya dua mata, dua lubang hidung dan dua telinga dah jantinanya sudah pastilah gadis seperti saya HAHAHA. Kami gadis swag, jaga-jaga.

Ahli-ahli babila haruslah juga terdiri dari kaum adam iaitu faris dan faizul. Tak perlu rasanya untuk bercerita lanjut tentang meraka sebab tak ada apa yang menarik kecuali faris seorang bisnesboy dan faizul adalah kekasih hati izzah. Mungkin sampai disini dulu sebab saya betul-betul kekeringan idea ibarat telur dihujung tanduk. Ya, memang tiada kena mengena tapi itulah satu-satunya bukti yang boleh saya buktikan yang saya memang tiada idea. Anda harus faham, bukan senang untuk mengarang sesuatu entri lagi-lagi gadis malas seperti nazirah. Tapi ! Saya sedang teruja menunggu pukul 6 petang. K.