Hai. Macam aku ada cakap sebelum ni aku akan publish entri-entri lama. Acah-acah bejet untuk memperingati zaman kegemilangan blog ni walaupun tak famous macam hanis zalikha ke, fatin liyana tapi aku tetap berwawasan nak berblog jugak ! Kahkah. So kat bawah ni adalah entri masa tahun 2009. Zaman hingus wa cakap lu. Jemput baca hasil godekan dari arkib blog ni.
Flashback tahun 2009
Flashback tahun 2009
ok,hari ini ialah hari pertama kami orang mengikuti kuliah bersama en khalid jonit.
omg,dia memang sangat best,lawak dan sentiasa bertenaga.
setiap perkataan yang keluar dan masuk daripada mulut dia akan membuat kami orang semua sangatlah teruja.
aku berpendapat,untuk semester ini,dia akan dinobatkan sebagai pensyarah yang paling menggembirakan.ok,ayat tadi nampak macam tidak sedap bukan?
apa-apa aje la.saya suka.anda tak suka? saya tak peduli.
beliau mengajar subjek PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK.
ok,aku dapat merasakan yang setiap orang dalam kelas aku sangat teruja sebab kuliah itu habis dengan pantas.
kamu orang jangan mahu menyorok ok,aku tahu,semua orang suka kalau kuliah habis cepat kan??
aku pun begitu. ( haha )
aku sangatlah tidak dapat bersabar untuk ketemu dengan beliau lagi.
lupa pulak.
masa dalam kelas tadi,beliau sempat memberi kami menonton video kelahiran ( ayat ape neyh? )
aku pernah tengok video ni sebenarnya.
ada antara kami orang yang tidak sanggup untuk menonton.
dah selesai menonton,beliau menceritakan pengalaman beliau sendiri melihat isterinya melahirkan anak melalui pembedahan.
aku harap kamu orang faham maksud ayat di atas.
beliau cakap ....
" saya betul-betul insaf bila lihat isteri saya pada masa itu.seorang ibu hampir hilang nyawa sebab bertarung mahu melahirkan anak.jadi,bila isteri saya menyuruh anak-anak saya melakukan sesuatu dan anak saya cakap ' kejap lagi ' saya cukup tak boleh. saya sendiri pun,kalau ibu saya call dan tanya boleh tak saya balik, saya akan terus capai kunci kereta dan bertolak ke kampung.tidak kira la kalau masa tu pukul 3 pagi."
banyak yang dia cakap.
masa tu,aku rasa sayu gila.
aku teringat kat mak aku.
masa tu juga air mata aku dah berenang-renang.maksud aku,bergenang.
aku teringat masa aku pernah buat mak aku kecil hati.bukan sekali,tapi banyak kali.
kadang-kadang masa menyesal tu,gila menyesal.
tapi takat mana je nak insaf ek?
esok lusa buwat lagi.
gila banyak dosa dengan mak aku nih.
tapi yang aku tahu,mak aku sayang aku dan aku sayang dia.
dah la,tutup citer.
aku rasa aku post ni sebab nak story-mory pasal pensyarah aku.
ok,kami orang memang gila asyik gelak besar dengan dia.
yang aku ingat sampai sekarang,dia cerita kat kami orang yang dia pernah jadi guru matematik.
jadi guru matematik,mesti kena garang.
nak dijadikan cerita,ada seorang sorang anak murid dia gelarkan dia bluehypo.
sumpah macam bangang gila.haha.
ok,perut dia sangat 'comel'.
harap anda faham.hehe.
cara beliau menyampaikan maklumat memang eee...aku tak tahu la nak cakap macam mana.
gila gila gila best.
so now,aku rasa sangat tak boleh nak sabar untuk tunggu kuliah minggu depan.
aku rasa macam dah penat nak taip ni.
actually memang banyak gila aku nak cerita,tapi dah kekurangan tenaga ni.
next week la sambung pasal dia.
bye.
I know what exactly the video looks like.
ReplyDeleteCoz' I've watched it before.
Ahha!
Sedih. Sedih.
T_T