07 August, 2015

JEJAK PENYAYANG UMT 2015 PART 1

Hai. Sepanjang aku belajar dekat Universiti Malaysia Terengganu ( UMT ) aku langsung tak pernah join apa-apa program komuniti. Bukan sebab malas tapi hidayah tu tak sampai-sampai. Lagi pun dari zaman diploma lagi aku memang spesis tak reti nak libatkan diri dengan mana-mana kelab. Tugas utama adalah mereput bersama katil, makanan, kawan-kawan dan internet percuma. Seronok bukan main hidup aku. Hari ada kuliah, pergi kuliah, ada masa lapang haruslah pergi merendek dekat bandor Terengganu tu. Jadi entah macam mana pada satu malam yang hening, member aku whatsapp pasal program komuniti camtu lah dekat Cameron Highland. Cameron Highland siotttt ! Memang nak pergi lah weyhh, dah la bayar RM50 dapat baju dapat makan dapat tempat tidur dapat tengok orang asli dapat eh dapat semua lah kecuali kahwin. Zzz zzz. Tak lawak tak lawak punnn hik hok. Pastu bunyi macam batak pulak kan macam tak pernah pergi sana walhal dari aku kecik sampai dah tuo bangko eh orang cakap kan, memang duk pergi selalu ! 

Bincang punya bincang, eceh bincang macam ada bisnes kapal pulak tu kan, aku pun setuju je lah memandang aku pun kesian sangat dekat diri aku yang naif dan tak pernah join program luar dari Terengganu. Aku pun ajak lah my bestfriend forever si Naim join sama dan Ella juga. Pergh dia mana boleh tolak, nak nak pulak aku pun join. Ececehhh. Sehari sebelum pergi tu memang aku beli stok makanan untuk perut aku kat sana, ye lah walaupun ada makanan disediakan tapi kalau tengah malam tiba-tiba kang den lapar mana nak cekau ? Ada pulak kedai mamak kat situ ? Dan beberapa hari sebelum bertolak tu, kena hadir perjumpaan. Rupanya nak bahagi kumpulan dan dengan bangganya nama kumplan aku OREN HAHAHA COMEL GILA WOI. Kena buat cheer song pulak  LAGI LAH COMEL BERLIPAT KALI GANDA ! 

Pastu kan aku baru perasan, bukan main panjang aku cerita macam nak buat program dekat Jepun pulak, bukan main panjang muqadimmah, bukan engkorang nak baca pun T_____T K la aku skip sekarang ! Oh ye, program ni bulan Mac 2015, tarikh tak ingat sebab memori otak aku terhad , banyak lagi benda perlu ingat HAHAHA. Bertolak lah Nazirah dan rakan-rakan ahli kelab penyayang yang lain, dua bijik bas pada malam hari. Disebabkan aku ni tak kenal sape-sape pun dalam program tu, aku anggap tu sedikit masalah ye lahh, aku ni kan pemalu *terjun tingkap*

Ktrg sampai CH dalam pukul 5 pagi lebih macam tu, so abang driver parking dekat petronas brinchang KOT, ada yang tidur ada yang hirup udara sejuk beku dan perkara menghiburkan diri masing-masing.  

Boleh pulak perempuan bawah ni ajak aku mandi ? Gila. Tak pe lah Ella, kau mandi lah sorang, aku teman. Aku buang air je. Tu pun sejuk dia hanya Tuhan yang tahu T__T  Memang kulit biawak betul. Tapi akhirnya aku pun terpaksa jugak mandi sebab masa dah masuk subuh tu, SILA MANDI DEKAT MASJID BERDEKATAN ! Cepat-cepat aku lari pergi petronas sebab mungkin ada yang tak tahu ada bilik air  dan surau tesembunyi , aman je aku mandi tak payah nak rush sangat. So ini lah Ella ! Hai ciked. 


So lepas semua orang dah bersiap mandi, solat, breakfast sambil asap keluar dari mulut bajet dekat London, kami pun bertolak lah ke Kg. Leryar ! Yeayyy ! Yeayy kami tidak lah begitu berpanjangan kerana tiba-tiba bas satu lagi berasap HAHAHA tak kelakar tau ! Tapi sekejap je dah settle. Alhamdulillah. Masa sampai je di Kg. Leryar, terpana kejap sebab comel gila perkampungan orang asli di Kg.Leryar. Bersihnya oiii, tersusun teratur siap ada astro jangan main-main okay. Nanti bawah-bawah sikit aku tunjuk gambar. So, aktiviti pertama ialah suaikenal dengan tok penghulu. Sebenarnya aku dah tak ingat sangat tapi gigih jugak nak bercerita kehkehkeh. Lepas tu ktrg di bawa melawat sekitar kawasan kampung. 



Takde lah nak bajet ustazah ke apa tapi cuaca panas okay walaupun sedang berada di CH T__T






Tengok lah ! Cantik kan cantik kan cantik kannnnnn :)




Tak banyak kereta boleh la engkorang nak buat perangai macam ni, takpe bagi can ah siket nak berani mati kat tengah jalan ni



Makan tengahari . Sesungguhnya waktu makan masa ni sangatlah tidak aman tapi biar lah hanya kami sahaja yang tahu HAHAHA. Rindunya !


Dah selesai makan dan solat berlakulah aktiviti bebas. Sebenarnya kan AKU TAK INGAT LANGSUNG APA AKTIVITI LEPAS MAKAN TENGAHARI TAPI SEBAB AKU MEMANG GIGIH NK CERITA so biarlah aktiviti ni aku susun berterabur T__T . Antara aktiviti hari pertama ialah gosok gigi dengan anak-anak penduduk di sana. Ha yang ni memang kerja aku, ditugaskan dalam aktiviti berus gigi. 







Di tengahari rembang yang sangat panas, mampu pulak kitorang melayan budak-budak ni main baling selipar. Punya semangat aku main lepas tu kena marah " eee kakak ni tak reti main " K FINE. Diorang tak tahu aku juara baling selipar dekat danau kota masa tahun 1996 !  Zzz zzz..




Berbual kosong dengan adik-adik ni. Paling best, walaupun diorang ada nama Islam, tapi diorang mesti ada nama panggilan , contohnya Wakucup, Wajaguk. Hah amek, rare gila nama masing-masing. Dah penat puas bersembang, sambung lagi main, datuk harimau lah, jang jang jaluk ( hentam je aja ), lawan nyanyi lagu goreng pisang dan aktiviti yang tak membawa faedah tetapi membawa cahaya kegembiraan kerana kegembiraan adik-adik adalah tanggungjawab kami selama 3h2m. Gittewwwww








Makan malam memang power sebab ada AJK memasak, memang steady bak hang. Omenya je semua orang makan dalam pinggan macam budak tadika, tapi ni budak tadika lagi power sebab dah mumaiz, berjanggut dan didatangi dengan pelbagai saiz dan umur kahkahkah.


Dan aktiviti pada waktu malam macam biasa lah, solat berjemaah dan baca yaasin beramai-ramai :) Lepas dah siap menunaikan perkara wajib, kitorang duduk dalam kumpulan masing-masing dan sesi latihan jeng jeng. Next entri lah aku sambung. Nak buat entri ni pun satu hari satu malam ! Mercik peluh aku. Bye.


No comments:

Post a Comment