03 January, 2017

Best boyfriend dah kawen

Assalamualaikum w.b.t :)

Haiiiii !

Walaupun kejadian ni bulan Oktober 2016, aku nak story jugak. Haha. Kira edisi throwback macam hashtag pemes dekat IG gitu.

Best boyfriend dekat sini maksudnya kawan yang sangat super duper gila close, Fikry. Hai Fikry ! Kitorang mula-mula jumpa masa study dekat unisel. Dalam kelas tu memang kesian sebab budak lelaki ada empat orang je. Sendunya korang. Disebabkan aku ni memang jenis kalau dalam kelas memang port aku belakang sekali atau kedua belakang, aku jadi rapat dengan empat ketul F. Nama budak lelaki ni semua mula dengan huruf F haha.

Tiga tahun kitorang menuntut diploma, so memang banyak benda yang kitorang buat bersama. Zaman study diploma lah antara moment paling best dalam hidup aku. Semua best, study best, kawan-kawan best eh semua lah best. Rasa macam nak rewind je balik masa kalau boleh :') I miss group K5G2 .

Masa Fikry bagitau dia nak tunang aku macam pffft ! Woi apa ni ? T__T Fahd dah kawen, Fikry nak bertunang, Farhan dah betunang. Eh sindiket apa korang ni ? Ekeke. Team lelaki pulak advance, tak boleh jadi ni :p 

Bila dah tunang, of course la kawen pulak. Happy gila dengar and sangat excited sebab aku pun kenal isteri Fikry ni. Pergh diorg punya drama bercinta kalau tayang kat TV3 pun penonton tak larat nak tengok. Dari zaman study 2008, aku antara tukang tadah telinga nak dengar masing-masing punya luahan. Kejap jadi kejap putus kejap jadi, nak muntah aku hadap drama swasta yang tak berbayar ni. Last sekali jadi jugak. Tak sia-sia telinga aku ni bernanah untuk korang.




Kenduri si Fikry ni dekat Segamat, Johor. Kenduri belah perempuan aku tak dapat pergi padahal kat KL je pun sebab ada hal ececeh. Punya lah excited masa Mak aku bagi green light boleh pi Segamat. Rupanya dekat je Segamat dengan KL. Sebelum tu punya  beria aku cek tiket flight wakaka. Setakat KL-Segamat balik hari celah jari manis aku je :p 

Ni gambar tipikal bila nampak je signboard sempadan Johor cepat-cepat aku suruh si Zalikha snap. Hampeh betul, ni lah hasilnya. Sebelum ni kalau pergi Johor just area JB je, ni nak masuk Segamat haruslah teruja level tu tinggi sikit, lagi-lagi rumah Fikry ekeke.




Kelakarnya masa dah nak sampai, kitorang saje prank mamat ni cakap tak dapat pergi wedding sebab ada masalah. Maka hampalah mamat ni sebab besar betul harapan dia nak tengok muka kitorang ni kat majlis dia. Tak kelakar bila si Zalikha upload video dekat IG kitorang otw ke Segamat. Pffft ! Hancur lah prank kami. Tak guna betul. 

Akibat perbuatan mentipu tersebut, maka kami berdua menerima balasan sesat di taman perumahan Segamat. Kahkahkah. Eh helloo, punya lah bagus si Fikry ni, dia pergi kutip pulak kitorang kat tempat kitorang sesat. Pengantin legend betul mamat ni. Tengah-tengah sibuk pun sempat lagi tolong kitorang T__T Memang bff betul gila tahap tak terlevel !

Terima kasih Fikry !


Masa sampai dekat rumah pengantin, terkejut aku tengok. Ni kenduri kawen belah perempuan ke lelaki ? Punyalah meriah ! Makanan dia ya ampun, banyak gilaaaaa, side dish lagi. Memang power. Dengan khemah berderet deret. Mana tah gambar aku snap, hilang pulak. Tak dapat nak tunjuk bukti. Cis. Sila percayakan aku -.-'


Sampai je terus aku masuk jumpa si Wawa ni. Tengah bersiap nak pasang bendalah kat atas kepala tu. Tak pasal-pasal aku terjebak sekali mentolong beliau. Punya lah payah sebab masa tu mak andam tak ada, balik awal. Gigih aku berusah pin-pin kan mana yang patut sampai terpin sekali kepala Wawa HAHAHAA . Sorry Wawa ! Anggap je lah kejadian tu sebab aku dengki korang dah kawen T__T jadikanlah ia kenangan terindah :p



Dah settle tolong, aku pun keluar makan. Tetiba eh pengantin dah ready nak bersanding. Best betul sebab dapat tengok sendiri tradisi tol negeri Johor :) Aku tak sempat la nak sampai ke depan pelamin sebab tengah melantak aiskrim masa tu. Berseri nau muka kau Fikry dapat kawen ye :p

Sementara nak dapat bergambar dan buat pelamin tu macam aku punya, lebih baik aku berambus pergi lepak mana-mana. Sekali ada surau dekat je dengan rumah Fikry. Solat siap-siap aku pun tido la kejap. Tengah sedap rehat si Fikry ni call, takut sangat kitorang dah balik haha. Ilek brader, kitorang takkan balik selagi tak dpat bergambar atas pelamin.



 Kerusi tu kitorang lanyak nak bagi buat muat jugak haha


Aku bawak adik aku jugak masa ni, cantiknya gambar dia snap -__________-


Punya bagus kitorang bergaya atas pelamin, teruja sangat tengok hasil gambar yang cantik meletop kebabom ni. Terima kasih adikku T_T


Tengah seronok bergambar tiba-tiba ada someone datang, Muslim ! Batch diploma cuma lain kelas. Terkejut tengok dia datang bawak bini sekali pakej dengan anak. Comel gila anak Muslim ni. Serius terkejut sebab masing-masing dah lost contact, dapat jugak jumpa dekat wedding Fikry :D

Ramai classmate tak dapat datang, maklumlah masing-masing ada komitmen. Insya Allah kita gather dekat wedding kak Silla pulak bulan ni. 


Dear Fikry, tahniah okay dah selamat jadi suami Wawa. Semoga masjid yang dibina ni sentiasa dilimpahi rahmat Allah dan sentiasa didalam keberkatan-Nya. Aku dengan Zalikha happy sangat akhirnya berjodoh jugak korang berdua. Elok lah tu, boleh dapat anugerah cinta swasta haha.




Terima kasih atas layanan baik kau, terima kasih doorgift heaven nak arwah siap dapat nasi lagi, berbag bag goodies dengan telur pindang. Thank you so much. 

Kalau nak imbas balik kenangan masa belajar dulu memang banyak. Overnight merata, ponteng kelas, surprise birthday kau, lepak sana sini. Pejam celik dah 2017. Semoga persahabatan kita kekal utuh sampai bila-bila( teremo jap )

Jaga Wawa baik-baik !




Terima kasih sudi baca.

Bye !

02 January, 2017

Gadis Hanya Mahu Keseronokan

Assalamualaikum w.b.t :)

Hai !

Nak sambung entri semalam ekeke. Setelah kami memberi layan yang baik kepada perut, kami meneruskan lagi layanan vvip seterusnya dengan melantak baskin robbin. Dah la favorite flavor ( love potion ) aku tak de. Memang teruk la penangan 31st setiap bulan ! Memang ramai jemaah manusia akan berteriak merebut flavor masing-masing sebab ada diskaun T__T 

Memang menggila aku tengok orang pakat membeli aiskrim, bukan sikit-sikit punya, sekali dia bantai yang mangkuk tapau bawak balil. Cis ! Nasib baik kami ni jenis menantu pilihan, sabar dengan penuh khusyuk menanti giliran disamping memilih flavor dengan penuh istiqamah. Dengan bersikap begini barulah bakal mak mertua sayang. 



 Flavor yang berjaya menjuarai hati anak gadis jatuh kepadaaaaaaaaaaaaaa Chocolate wtv Cookie, Chocolate Mousse Royale dan Strawberry Cheesecake. Tahniah, dah selamat masuk dan selamat keluar. 



Barisan gadis yang hanya mahu keseronokan. Semua masih bujang, tidaklah bermaksud untuk mempromote, tapi kalau nak join the club dialukan-alukan. kahkahkah. Kelab gadis bujang :p 




Lepas tu merayau pulak, apa lagi keseronokan yang tinggal selain merayau tanpa hala tuju lebih-lebih lagi dengan team whatsapp bertajuk single mingle pringle ? Ye, ini kisah benar. Kami berjaya menubuhkan group whatsapp dengan tajuk paling happening pada tahun 2016 yang lalu, ahli seramai 4 orang. Semuanya bermula apabila hampir kesemua rakan kelas kami telah mendirikan rumah tangga. Tinggallah kami kami beberapa cebis yang bukan tak laku, tapi sibuk mengejar impian yang belum dikecapi. Wakakakaka. Ini juga kisah benar.

Entri ni layak dilabel entri tak de faedah. Chill lah, blog ni memang tak de faedah dan info berguna tapi sangat dekat dihati Nazirah. Jaga-jaga, jangan buat onar di sini ! Untuk bacaan orang baik sahaja :p

Tengah jalan-jalan sekali ternampak photobooth, weyhh nak jugak nak jugak ! Lepas tanya orang dekat booth tu, just bagi je resit pembelian dari mana-mana shop dalam KLFC dekat customer service, dapatkan cop lepas tu boleh la beraksi depan camera. Pergh berguna jugak resit aku belikan deodorant untuk mak aku, tak sia-sia makan dekat Sarawak's Bowl dengan Baskin Robbin haha. 


Satu resit dapat satu kupon bersamaan satu pose. Sekarang ada tiga resit maknanya tiga kali pose. Weyh suka gila, ini yang kita mahukan !! 


Banyak props yang ada tapi memang fokus Hari Krismas lah. So gatal-gatal jap pose sementara tunggu turn. Masa ni tak ramai lagi orang, kemain masing-masing pelahap nak pose dengan props haha. 



TADAAAA !! Setiap orang dapat gambar ni, suka gilaaaa. Bukan tiga pose ye kitorang buat tapi bantai enam haha. Tapi print tiga pose je. Mana tak enam pose, bila snap je " ee aku tak cantikk, eee tak jadiii, nak lagi " 




 Baiknya budak perempuan tu, terima kasih dik, tahun depan kami datang lagi kalau korang ada kahkahkah. Gambar ni sekali dengan 15% off food bill dekat Fish & Co. Wahhhhhhhhhhhh !! Keseronokan berganda. Valid sampai 15 Januari 2017.




Kerat voucher so tinggal gambar je, baru cantik :p 




Thank you Ina & Nana. Jom kita boikot Pikah sesama sebab dia takde haha. Selamat tahun baru team single, semoga 2017 memberi kita kegembiraan berganda, keberkatan yang berterusan dan semua yang baik-baik. Insya Allah :)

Terima kasih sudi baca :)

Bye !







01 January, 2017

Makan laksa dan mee di Sarawak's Bowl !

Assalamualaikum w.b.t :)

Hello readers ! *krik krik*

Selamat tahun baru, 2017 ! Sekejapnya masa berlalu ibarat masuk tandas tahun 2016 dan keluar 2017. Hamaigad sungguh klise. Harapan aku semoga ada lawak baru untuk ambang 2018 akan datang. Walaupun bunyinya macam lambat lagi, tapi jangan main-main sebab 2017 dan 2018 merupakan pakatan yang bergabung supaya kita merasakan yang masa sangat dengki dengan kebahagiaan kita semua. Pergh, pakatan kotttt. 

Sooooo, last day of 2016 weyh serius lah dah 2017 ni T___T Why so cepat like arghhh ! 

Baiklah, hari terakhir 2016 aku ditutupi (??) dengan jamuan makan akhir tahun yang dihadiri seramai tiga orang termasuk diri aku dan dua lagi bff since highschool. Meriah betul jamuan akhir tahun kami kahkahkah. Jangan dipandang enteng dengan majlis makan kami ok. Amaran keras ni, tolong takut sikit.

MOOD MASIH TAK PERCAYA DAH 2017

Jamuan ni pun last minute tau. Ala macam tahun 2016 lah, buat perangai last minute nak tinggal kita semua. Marah betul lah dengan 2016 ni ! 

So kami decide nak cuba makan yang memang kami sangat craving lama dah yakni laksa sarawak ! Memandangkan ahli-ahli jamuan ni tinggal berdekatan so kami pilih nak lepak pun tempat yang dekat-dekat jurrr, KL Festival City. Walhal nama dah tukar jadi Setapak Central. Eee please la nama tak semenggah langsung. Nama KL Festival tetap di hati !

Gambar-gambar dalam entri ni semua tak di edit sebab malas.

TADAAA !! Laksa Sarawak dan Sarawak Mee Sua ( telan air liur ) Disebabkan masing-masing kenyang, kami dengan tangkas menggunakan konsep 'sharing is caring' . Dilarang keras guna konsep tersebut ketika perut korang lapar. Amaran keras ni.


Laksa Sarawak !!




Nana diarah untuk show off keseksian Mee Sua, aku mintak tolong readers sekalian 
supaya terliur.




Meriahnya ! Lihat lah wajah-wajah ceria ahli jamuan makan akhir tahun ni ! Emel aku sekiranya berminat nak jadikan mereka ini calon isteri ekeke. Pastikan calon isteri pertama sahaja bukan kedua, ketiga dan keempat. Harap maklum. 




Walaupun kitorang tak pernah pergi Sarawak dan tak pernah rasa pun rasa kesedapan laksa Sarawak sebenar, tapi lidah kitorang memang suka gila dengan rasa laksa dan mee di Sarawak's Bowl ni. Serious sedap. Rasa rempah memang pergh memang terangkat, pekat, cukup rasa. Maafkan aku yang bukan juri handalan, aku hanya lah secebis juri di tekak sendiri. Ada tauhu, ada telur, ada udang, ada taugeh disertakan lagi dengan sambal. Korang patut cuba ! Laksa dia bukan macam laksa utara tapi macam bihun or memang bihun ? Maafkan aku yang naif wahai penduduk Sarawak T_T

Mee Sua dia pulak memang mee, sangat lembut, dihidangkan dengan sup, ada ayam, ada cendawan hitam pastu ada macam buah manis. Sup dia macam dari rebusan something, ayam kot. Tapiii meeeeemang sedap ! Eh semua sedaplah ! 

Korang-korang yang teringin sangat nak cuba laksa Sarawak dan makanan Sarawak yang lain boleh lah cepat-cepat bersiap sekarang pergi ke Sarawak Bowl's di Setapak Central ( KL Festival )

Macam-macam makanan Sarawak ada, korang tak payah lah buat perangai comel order laksa siam la, singapore la, kedah la. Perangai sebegini layak direjam dengan batu sungai. 





Pasal harga aku tak ingat walhal baru semalam pergi makan. Barang lama jangan dikenang, biarkan 2016 berlalu pergi tapi kesedapan laksa Sarawak dan Mee Sua tersemat di hati. Ada sesiapa nak belanja pergi Sarawak tak ?

Nah website http://www.sarawakbowl.com  untuk info selanjutnya. 

Lan Berambeh di Sarawak’s Bowl !! Puih, terbajet loghat |Sarawak pulak kahkahkah

Ada sambungan lagi tapi tunggu entri seterusnya. Selamat tahun baru 2017 :D

 Terima kasih sudi baca :D

Bye !
























05 December, 2016

Misteri disebalik hari konvokesyen

Assalamualaikum w.b.t :)

Mari tepuk dan ucapkan tahniah kepada aku ye di atas kesungguhan membuat entry baru. Terima kasih semua. Boleh kita mula sekarang ? Kalau korang ingat entry sebelum ni aku ada mensi yang nak berkongsi ciked kejadian masa konvo. Walaupun macam aku je teruja lebih tapi aku tak heran sebab aku nak kongsi jugak. Readers perlu tahu, sekali korang terjebak dengan blognazirah, korang akan sentiasa nantikan update seterusnya. Puih. 

Persiapan untuk konvo aku macam biasa lah, Nazirah dan last minute berpisah tiada. Harap-harap jodoh tak last minute. Eh ? Suka tau melalut, dah la takde orang baca blog lepas suka buat lawak tak jadi. Tsk tsk ( tepuk bahu sendiri ). 

1. TERSILAP JUBAH

Alahai, aku sendiri tak tahu sebenarnya tu jubah diploma, sebab sama je kalau sekali pandang. Rupanya ada beza di bahagian songket emas tu T_T. Hari kejadian, pegawai konvo tu tegur " eh dik, jubah awak ni untuk diploma " . Respon aku masa tu ialah *krik krik* sambil tengok jubah member lain. Masa tu pulak timing betul-betul nak masuk dewan. Sebagai Nazirah yang cool, aku tetap bersemangat waja ! HAHA. Setakat jubah silap apalah sangat. Aku masuk dewan tetap dengan jiwanya riang girang dan gembira.

2. DI TUKAR KEDUDUKAN DI MINIT AKHIR

Macam aku cakap, Nazirah dan last minute berpisah tiada. Tengah seronok selfie dengan member nak abadikan gambar dalam dewan konvo, tiba-tiba datang pegawai konvo " hah awak yang tu, kemas barang awak " dan aku like WHAT ?? Rupanya ada sorang graduan kos lain masuk lambat, so disebabkan masa tu memang takde pilihan sebab kalau tak tukar kedudukan, graduan yang lambat tu tak ada tempat. Mehhh, masa tu memang panas hati, nasib baik aku tak guling menangis je haha. Daripada jadi graduan kaunseling first yang naik pentas, aku jadi orang yang ke lapan terakhir kot. Weyh bengang pulak kalau ingat balik ! SO TOLONG YE JUNIORSSSSSS, TAK KISAH LAH DARI U MANA PUN, PLEASE DATANG ON TIME MASA HARI KONVO !! Masa tu jugak aku terus whatsapp mak aku dan luahkan apa yang terjadi wakaka. Mak aku macam biasa selalu bagi kata semangat " semuanya ada hikmah " 

3. BLACKOUT SEMASA MAJLIS BERLANGSUNG

Err bukan lah blackout tak ada eletrik, tapi screen yang besar tu tiba-tiba mati. And YES ! Kat sini lah hikmah yang Mak aku cakapkan tadi berlaku. Kalau tak tukar kedudukan dengan graduan lewat tadi, wajah aku takkan terpampang dekat screen. Syukur sangat-sangat masa tu ! Terima kasih Mak :) betul-betul ada hikmah. Alhamdullilah masa turn aku naik pentas tu boleh senyum lebor ler sebab screen dah berfungsi yeay ! :D Hikmah lagi satu is aku boleh nampak Mak dan Abah aku lepas aku ditukar tempat duduk. Lagi besttt, siap lambai-lambai. Lepas turun pentas ambil skrol aku siap lelambai lagi wakaka.

4. PAPARAZZI MENANGIS

Eh apadaaaa konvo pun menangis ke ? Hey ! Konvo kena la ceria kann ! Macam mana la tak menangis bila tengok persembahan koir UMT menyentuh hati bila diorang nyanyi lagu sedih lepas tu sajak pulak pasal mak ayah. Sobs sobs. Layaklah mengenang pengorbanan mak dan abah aku sepanjang besarkan aku. Terima kasih Mak Abah :') Yang paparazzinya bila aku dengan member-member duk menangis, camera hala ke muka kitorang HAHA eee siut betul encik camera, lalu muncul wajah duk sok sek lap air mata dekat screen live tu kahkah. 

5. MAK NAIM DI HOSPITAL

Yang ni sedih lah, kesian Naim. Gang kitorang semua parent datang, tapi Naim ayah dia je datang. Mak Naim kena tahan wad beberapa hari sebelum konvo. Naim sangat lah moody sebab risau, aku mampu tolong bagi kata semangat je lah. Ekeke. Lepas je habis konvo kitorang semua terus pecut pi hospital nak berkonvo pulak dekat hospital haha. Alhamdulillah, rupanya doktor benarkan keluar wad petang tu jugak. Yeay :D

6. MEMBER KL TURUN TERENGGANU !!

Yahoooo !! Yang ni memang best sebab bff aku dari KL jauh-jauh datang nak sambut kejayaan aku puih. Siap bagi hadiah lagi, thank you soooooo much korang !! Zalikha, Izzah, Pejul. Kalau ada Ainul dengan Ayu lagi syiok :D Aku keluar dewan tengok-tengok Izzah terpacak. Terkamjat gigirl masa tu haha. 

7. BAJU KONVO KE ?

Al-kisah masa tengah bersiap untuk konvo, Mak aku cakap " mak, tengok macam nak pegi kawen dah ni " Gila tak macam nikah, baju tu RM400 ok, dengan shawl berbatu-batu mengalir jugak peluh masa nak bayar baju & shawl tu hahaha. Well, konvo kot sekali sekala (??) invest apalah sangat ( sambil meratap cek duit dalam bank ) T__T Plan asalnya nak pakai cotton jek, sekali Mak aku cakap alahai cotton tu hari-harikan dah pakai pegi kelas. Zaapppp. Beli baju cecantik sikit ok foineeeee.

Dah la tu, so tujuh ni je la yang misterinya. Misteri kan kan ? Misteri tahap nak lempang. So ni je la buat masa ni. Lagi pun esok nak balik kampung yeay ! Team utara bersatu. 

Bye !










04 December, 2016

Yes, dah konvo !

Assalamualaikum w.b.t :)

Astaga, sebak betul aku mengenangkan nasib blog ni tsk tsk. Dengan rasminya blognazirah dinobatkan sebagai blog sendu ikat mati untuk tahun 2016. Entah hilang mana lah azam nak selalu update blog yang aku titipkan dulu, ewah. Telah kusampahkan  dengan tidak sengaja azam itu kahkah.

Ayuh la ke tujuan utama aku update hari ni. Dengan rasminya sekali lagi aku nak bagitau yang aku telah berjaya mentamatkan pengajian ijazah sarjana muda meowwwww . Oh, terlebih teruja nampaknya ! Apakah kejayaan ini tidak perlu di overkan ?? Hey sudah tentu perlu teruja ! Marilah tepuk tangan beramai-ramai. Terima kasih.

Alhamdulillah syukur tak mampu nak gambarkan betapa lega dan gembira setelah 4 tahun mengharungi pahit getir asam gelugor, ish sempat lagi nak buat lawak hambar. Baiklah, sekali lagi. 

Ok, sedia.

Mari mulakan.

Alhamdulillah, syukur tak terhingga. Akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya. Empat tahun bukan tempoh singkat walaupun ayat klise " pejam celik dah 4 empat tahun ". Tapi di sebalik pejam celik itu lah pelbagai cabaran dah dilalui. Selepas empat tahun, dapatlah aku Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dari Universiti Malaysia Terengganu

Terima kasih kepada mak dan abah terutamanya yang menjadi tonggak utama disebalik kejayaan ini. Kasih sayang dunia dan akhirat yang tiada tandingannya. Terima kasih atas iringan doa dan restu kalian. Tak lupa adik-adik yang selalu jadi mangsa ambil dan hantar kakak engkorang ni pagi buta tengah malam sepanjang empat tahun. Para pensyarah yang tak putus-putus mendidik, rakan-rakan seperjuangan iaitu Naim, Adi, Nadia, Yanie & Fattin, semoga hubungan kita semua kekal HASHTAGTILLJANNAH  lol :p

Tataplah gambar konvo paling cantik di abad ini ! Punya lah panas masa ni. Tunggu update seterusnya dengan tajuk DISEBALIK KEJADIAN KONVOKESYEN NAZIRAH kahkah. Kesian, muka tu takde rupa kaunselor langsung T_T

Bye !








26 August, 2016

DUNIA BARU

Assalamualaikum dan hai.

Dan seterusnya selamat pagi dan selamat sejahtera dan berhuhu. Hari ni first day, apa ? first day apa ? Adalah. Rahsia.

Bye !

15 August, 2016

TEMUDUGA

Assalamualaikum dan hye semua.

Petang ni saje aku nak berkongsi link mengenai tugas-tugas, jenis-jenis tugas, jawatan dan macam-macam la yang berkaitan dengan bank. So kenapa aku baca benda-benda ni semua semestinya sebab aku dapat tawaran untuk temuduga. Tapi lepas aku baca dan faham isi perkongsian dalam blog En.Firdaus ni, aku pilih untuk tidak menghadirkan diri ke temuduga. Temuduga ok, bukannya dah comfirm dapat kerja. Ekekeke. Tambahan lagi, aku pun ada sebab dan musabab untuk menolak dengan baik. Baik ah sebab aku reply balik kot email pihak bank.

Ada je jenis manusia yang buat dek a.k.a buat tak tahu je dengan emel tu. Bagi aku, sekurangnya berterima kasih lah sikit kemudian minta maaf. Ye dok gitu ? 

So kot kot la ada sesiapa kat luar sana yang tertanya-tanya 

" weyh jawatan ni untuk apa doh , aku tak faham ahhh "

atau 

" gaji berapa ekkkk ? skop tugas macam mana ye ? "

atau

" aku ni musykil ni nak terima ke tak ni , tak tau nak rujuk dekat siapa ( dengan nada sedih ) "

atau

WTV LAH JENIS SOALAN PASAL KERJA YANG BERKAITAN DENGAN BANK

Haaa maka anda semua di alu-alukan untuk menjengah ke blog En.Firdaus.

Bagus sangat perkongsian dan huraian yang En.Firdaus ni. Ada satu entri tu dia jawab habis segala pertanyaan yang di ajukan di ruang komen. Memang best la aku baca di samping aku pun nak tambah pengetahuan aku sendiri. Ewahhhhhh.


Kat tepi kanan blog tu ada dah En.Firdaus khususkan tajuk penting. Klik je ok.

Bye !


11 August, 2016

UMT CITA WARISAN : Ijazah Sarjana Muda Kaunseling

Assalamualaikum and hye !

Pagi ni lebih berkat sekiranya aku  tunjuk sikit gambar b-a-j-e-t-b-a-g-o-s dekat UMT kahkahkah. Marilah mulakan pagi anda dengan melihat gambar sekujur tubuh gadis awesome like euwww. Mana lah tahu ada yang tak percaya kang aku ni pelajar UMT yang berdedikasi dan rajin. 

" pepoyo je budak ni canang belajar dekat UMT, tade pun gambar kat UMT ke apa "

atau 

" ye dok mung ni ngaji dinung ? " 

Hah ! Kan dah tunjuk skill cakap ganu haa jangan memain dengan iolss, iolss dah 4 tahun belajar kat Terengganu haruslah show off pandai cakak ganu. Gittew. Takde orang kisah k nazirah. K foine....

Gambar ni masa lepas habis jawab exam tahun lepas, dibawah rintik hujan yang romantik. Ni students UMT haruslah tahu antara port tangkap gambar bagi pelajar tahun akhir. Ewahhh. Ni dekat Dewan Sultan Mizan ( DSM ). Tapi tak pelajar tahun akhir pun over gak amek gambar kat sini contohnya macam aku -___-  kahkahkah.

Sekarang ni aku dan kawan-kawan yang lain tengah tunggu hari konvo, bulan November ni. Weehoo ! Tak sabarnyaaaaa T__T Akhirnya masa yang dinanti akan muncul tidak lama lagi , insyaAllah. Aku ni merupakan  intake Sept 2012 dan tamat pada Jun 2016. Hello juniorsssss :p

So course apa aku amek kat sini ? Please tanak jawab kosmetik sebab iz hambar like ZzZ ZzZ.. Tu lawak zaman apa ye diknon ? Aku TERambil  jurusan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling. Ekekeke. Dari Kuala Lumpur jauh aku terbang ke Terengganu demi segulung ijazah. Nanti next episod _ APANI ACAH DRAMA TV3 ) aku kongsi la sikit emosi, perasaan, pemikiran dan tingkahlaku sebelum, semasa dan selepas dapat tawaran ke UMT ni.


Bye !

10 August, 2016

BEREHAT KAW-KAW

Assalamualaikum dan hye cuolsss !

Lama nau nak dapat buat entri baru. Ye lah, aku ni tengah sibuk okayyy, sibuk sampai tak ada masa nak update blog. Sibuk berehat, kahkahkah, korang apa tau. Penat tau 4 tahun duduk kat Terengganu, bukan duduk saja, duduk menimba ilmu. Cewah , poyo sangat ni....

Merujuk entri sebelum ini dimana aku dengan rasminya ( potong reben jap ) dah tamat belajar di UMT. Haaaa, so buat masa ni aku pun tak de la nak gelabah ayam sibuk cari kerja nak tambah duit poket walaupun poket aku ni memang kering kalah gunung sahara. Kena la over sikit letak gunung nak tunjuk yang purse aku licin. Kesian.

Btw, bagi diri aku sendiri aku prefer untuk berehat dulu kat rumah. Bukan apa, 4 tahun belajar dekat UMT agak banyak la benda yang aku terlepas contohnya makan sedap-sedap kat KL ( termasuk masakan mak aku ), keluar berjimba dengan kawan-kawan, bercuti dengan family dan banyak lah benda lain yang penting bagi aku. Poyo.

Aku plan lepas aku grad nanti aku akan mula lah mana yang patut untuk menjadikan diri aku seorang Nazirah yang berguna untuk diri sendiri, keluargda, masyarakat dan negara. Amboi, tak sah tak over. Buat masa sekarang, jom berehat , lek luhhhh. Bak kata member-member sekolah aku yang dah kerja sekarang

" NAZIRAH, AKU RASA BAIK KAU REHAT DULU , LIKE SERIOUSLY, SPEND MASA DENGAN KELUARGA DULU " 

Haaa tu membersss aku yang cakap sebagai tanda sokongan. 

Btw aku hari tu  balik KL tiga @ empat hari sebelum raya aidilfitri. Lambat gila ok nak habiskan internship aku. Tapi berjaya jugak habiskan. Alhamdulillah. Ok, tepukan gemuruh ciked ! 

Sebenarnya banyak sangat nak kongsi dengan korang semua. Whatttt ??!! Korang ? LOL. Sapakah gerangan yang masih membaca blog aku yang sendu ni. Tapi malangnya semua gambar-gambar yang aku nak share ada dalam laptop aku dimana charger laptop dan rosak. wadefish betul -___- Tengok lah macam mana, aku akan usaha dengan gigih untuk berkongsi jugak dengan KORANG ! 

Bye !

15 July, 2016

4 TAHUN

Assalamualaikum. 

Ehem. Begitu sopan memulakan bebicara, amboi macam la aku ni teruk sangat. Aku wanita melayu terakhir kot (mute 1 year) Mute diri sendiri sebab rasa macam tak patut gelarkan diri sediri wanita melayu terakhir. Ok la, menangis tepi bucu katil sorang-sorang ibarat melukut di tepi gantang sebab tak ada sape yang akan pujuk. HAHAHA. Tak kelakar. Mohon tajamkan skill kelakar anda Nazirah. 

Tak mengapa, mari kita teruskan. Eh kita atau aku ? Yes, aku, sebab ni blog aku. Heh -__-

Baiklah, apa kaitannya tajuk 4 TAHUN pada hari ini ? Adakah hari ini genap usia blog 4 TAHUN ? Sudah tentu tidak sama sekali sebab blog ini dah wujud sekitar lapan tahun yang lalu. 

Adakah hari ni ulang tahun aku yang ke 4 TAHUN ? ini betul-betul tak masuk akal.

Sudah 4 TAHUN aku berkahwin ? Kenapa statement ni menusuk kalbu betul ? kahkahkah

Dah la bosan betul main teka-teki yang tak menarik langsung ni, Dengan ini aku dengan gembiranya nak bagitau aku dah berjaya tamatkan 4 TAHUN belajar ni UMT !! Tepukan gemuruh !!! Betul-betul gembira sebab 4 tahun tu lama korang tahu tak ? kalau orang mengandung 4 tahun lepas, mungkin hari ni anak perempuan tersebut dah selamat belajar alif ba dekat tadika, atau pun sedang mengandung lagi untuk kali ketiga ataupun sedang merancang untuk menutup kilang. Kerrrrlas kau punya andaian Nazirah. 

Alhamdulillah setelah 4 TAHUN berhempas pulas :
  • bangun pagi hari-hari pergi kelas dan ponteng kelas
  • tubuhkan 30 ribu  group whatsapp untuk assignments ( amboi )
  • kehulur kehilir demi menyiapkan  tugas pensyarah bagi
  • buat sesi kaunseling dan verbatim sampai muntah
  • pergi praktikal jadi kaunselor pelatih yang sendu
  • ukur tanah di Terengganu , Pahang & Kelantan ( nampak tak permainan dia ? )
  • cari jodoh like whatttt KAHKAHKAH
Banyak okay perkara yang dibuat dalam masa 4 TAHUN, tak terkata ( insert lagu sedih ) akhirnya selesai perjuangan. Walaupun aku jarang ATAU PUN TAK PERNAH KONGSI LANGSUNG life aku dekat UMT, tapi secara keseluruhannya life aku sangat awesome, oh yeah ! So untuk masa sekarang aku nak berehat dulu puas-puas sebelum nak masuk alam kerja yang fenuh dengan cabaron dan dogaan katanyewww. InsyaAllah November 2016 akan bergraduat. 

Aku tak tahu lah masih ada atau tidak pembaca untuk blog yang sendu, sepi dan terbiar ini. Kalau masih ada, terima kasih he-he-he :p Ada kudrat dan tenaga kita jumpa lagi esok lusa atau tunggu saje lah sampai aku ingat yang rupanya aku ni masih ada blog hahaha. Bye !



12 July, 2016

STRESS STRESS

Amboi tajuk awal-awal dah nampak simptom negatif. Stress lah sedang menyiapkan laporan akhir praktikum niwww. Padahal benda sikit je and tarikh pun pensyarah bagi kelonggaran dah hantar lambat. Ala, well biasa lah student, tak student ah kalau tak last minute gichuw ! Ke aku je macam tu ? -________________- Maigad, kbye nak sambung buat kerja yaww.

09 July, 2016

Nazirah is back !

Fuh fuh ! Hampir setahun aku tinggal blog ni. Ampunkan Nabela Ya Allah. Aku pun tak faham kenapa aku malas sangat nak update. Tapi bila aku kaji sebabnya amboi, kaji kau, hasil dapatan mendapati keadaan wifi yang tidak mengizinkan. Ye lah, aku duduk rumah sewa haruslah kedekut berjimat cermat data ! Walaupun langgan 12gb tapi sebagai seorang Nazirah, ia masih tidak cukup untuk menampung nafkah nak beronline. Dapatan kedua pulak mendapati tahap kemalasan mencapai kadar maximum untuk memidahkan gambar dari hp ke laptop. Korang apa tau, dah tua tua makin menjadi malas nak buat benda simple pun. kalau dulu rajin dia tinggi tahap Gunung Fuji ! sekarang Fuji tah kemana, yang ada kuih suji. Ewahhhhh. Di akhir coretan tak seberapa ni, aku nak ucapkan SHRMZDB. Yeah, ini lah ucapan paling tak ikhlas menjelang wawasan 2020. Budak-budak zaman sekarang perlu tahu. Nanti update lagi. Bye.